Cara telan ubat

"Mama! Ubat ni berenang dalam mulut. Susah nak telan." Kata Adam sebaik sahaja ubat di luah keluar dari mulut. 

Dan ada banyak lagi pengalaman pertama anak aku bila dah tiba masa mereka kena telan ubat jenis pil. Nak nak ubat demam. Ubat demam jenis cecair hanya untuk sekian umur sahaja. 

Bila umur anak semakin meningkat, dos ubat jenis cecair dah tak sesuai untuk dia. Cuak muka anak bila doktor cakap, kena makan ubat jenis pil sebab awak dah besar. 

Aku hanya mampu ketawa dalam diam. Sebaik sahaja tiba di rumah, pelbagai cara yang aku, akak dan abang dia cadangkan. Memang riuh rendah la juga. Kali pertama gagal. Kali ke dua pun gagal. Air dah secawan habis tapi ubat masih berenang renang di dalam mulut. 

Dan akhirnya masuk kali ke 3, barulah Adam dapat menguasai skill telan ubat. Sekarang, dah master dah Adam bab telan ubat. 

Korang pun sure ada pengalaman pertama kali nak telan ubat kan. Di bawah ni aku share dengan korang cara untuk telan ubat. Dan ada ubat tertentu yang boleh korang hancurkan! 😓 (Serius aku pun baru tahu.) 

Perkongsian dari fb Fahmi Hassan.

Mesti ramai antara kita yang mengalami masalah untuk menelan ubat berbentuk tablet atau kapsul. Kebiasaannya ada yang mengambil jalan mudah dengan menghancurkan ubat tersebut atau membuka kapsul ubat dan mencampurkan kandungannya dengan air atau makanan. 

Kalau ikut logik akal, sepatutnya tiada masalah kerana destinasi ubat itu tetap ke perut. Tapi sebenarnya adakah tindakan seperti ini boleh dilakukan? 

Untuk pengetahuan umum, cara sesuatu tablet atau kapsul dihasilkan sangat dipengerahui dengan kemajuan teknologi perubatan. Penghasilan tablet atau kapsul dengan teknologi farmaseutik terkini membolehkan kesan ubat dimanipulasi bergantung kepada pelbagai perkara seperti kadar ubat dicerna, jumlah bahan aktif dalam satu tablet, lokasi dalam badan di mana ubat terurai dan sebagainya. 

Bagi mencapai matlamat ini, pelbagai jenis tablet dan kapsul telah dicipta seperti:-

1. Uncoated tablet - tablet biasa yang tidak mempunyai lapisan luar istimewa. 
2. Film coated tablet - tablet dengan lapisan luar licin, bewarna dan berkilat. 
3. Sugar coated tablet - tablet dengan lapisan luar yang mempunyai rasa manis. 
4. Extended release tablet - tablet yang mengeluarkan bahan aktif untuk jangkamasa yang lama setelah dimakan. 
5. Fast release tablet - tablet yang mengeluarkan bahan aktif dalam tempoh lebih pantas berbanding biasa. 
6. Effervescent tablet - tablet yang boleh dicairkan di dalam air minuman sebelum diminum. 
7. Layered tablet - tablet yang mempunyai lapisan bahan yang berbeza. 
8. Hard capsule - kapsul ubat yang keras. 
9. Soft capsule - kapsul lembut yang kebiasaannya mengandungi ubat berbentuk cecair. 

Contoh-contoh ini hanyalah sebahagian kecil dari jenis tablet dan kapsul yang berada di pasaran. Perkembangan dunia perubatan akan sentiasa menyebabkan jenis-jenis tablet atau kapsul baru tercipta dari masa ke semasa. 

Antara tujuan penghasilan formulasi kapsul dan tablet yang berbeza ini adalah:-

1. Menutup rasa pahit ubat bagi memudahkannya ditelan. 
2. Melicinkan permukaan ubat untuk memudahkannya ditelan. 
3. Membolehkan ubat diserap di kawasan yang menjadi sasaran sama ada usus atau perut. 
4. Mengawal kadar serapan ubat oleh badan bergantung kepada kesan yang diingini. 
5. Memelihara ubat dari dimusnahkan oleh jus gastrik. 
6. Membolehkan beberapa bahan aktif digabungkan dalam satu tablet. 

Oleh yang demikian, orang ramai dinasihatkan agar tidak memotong atau menghancurkan ubat-ubatan sekiranya tidak diarahkan oleh doktor atau pegawai farmasi. Ini untuk mengelakkan ubat tersebut menjadi tidak berkesan atau berlakunya lebihan dos bagi sesetengah jenis formulasi. 

Begitu juga dengan ubat dalam bentuk kapsul. Jangan buka kapsul atau membocorkan kapsul untuk mengeluarkan bahan aktif di dalam kapsul. 

Secara amnya, ubat yang boleh dipotong adalah ubat yang mempunyai garisan di atas permukaan tablet. Ubat-ubat seperti ini adalah ubat berjenis uncoated yang tidak mempunyai formulasi khas untuk mengawal penyerapannya di dalam badan. 

Bagi mereka yang mengalami kesukaran untuk menelan ubat, rujuk pada gambar yang disertakan. Terdapat dua teknik yang boleh digunakan iaitu ‘pop-bottle method’ dan ‘lean-forward technique’.
Cara telan ubat

Cara telan ubat

Teknik ini telah dikaji oleh Universiti Heidelberg di German dan didapati dapat membantu memudahkan proses menelan tablet dan kapsul. Namun begitu berhati-hati sewaktu mengaplikasi teknik tersebut. Jangan terlalu teruja hingga menyebabkan anda tersedak atau tercekik. 

Sebagai kesimpulan, sebelum anda bertindak memotong atau menghancurkan ubat-ubatan anda, semak dahulu dengan ahli farmasi atau doktor yang merawat anda.

Rujukan:
Basic Physical Pharmacy 
Introduction to Pharmaceutics 
By Dr. Atmaram Pawar, Career Publication

Fahmi Hassan
Pharmacist

8 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Maklumat yang sangat membentu. Terima kasih.

    BalasPadam
  2. wah perkongsian yang bagus.. tapi betul sebelum ini yanei ada jugak buat hancurkan ubat dan amik setengah. konon nak kurang kuantiti ubat yang diambil..hihih thanks tau perkongsian ini.

    yanieyusuf.com

    BalasPadam
  3. Adik kita la tak suka makan ubat..selalu dihancurkan ubat tu..hahaa..maksampai marah

    BalasPadam
  4. Kalau budak-budak memang payah sikit nak telan ubat dalam bentuk biji ni kan.. Tq for the info

    BalasPadam
  5. Ai yang dah dewasa ni pun payah nau makan ubat.

    BalasPadam
  6. Ubat biji memang anak² susah nak makan, tq kongsi info ni.

    BalasPadam
  7. Wahhh... Thank you sangat2. Saya baca lepas tu terus aplikasikan guna method lean forward. Dan.. waauuu... Senang betul nak masuk. Thank you😆

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama