Bila masuk contest handwriting ni, aku teringat aktiviti masa lapang zaman aku tinggal di asrama dulu. Aku terlibat dalam bisnes tulis atas mug, atas jubin, atas CD dan kad ucapan. Atas kertas berwarna saiz A4 yang dilipat dua pun aku tulis juga. Ini untuk mereka yang baget kecil tetapi tetap nak bagi kad ucapan. 

Modal aku pen Artline, marker pen, sedikit skill dan idea kreatif. Masa tu tak teringat pula nak minta bayaran. Just tolong sebab minat dan sebagai hobi di masa lapang. Kalau tak, konfem dah jutawan dah aku. 🤣

Bagaimana aku boleh jatuh cinta dalam bidang ni?

Rasanya bibit cinta aku bermula bila aku belajar meniru (tiru yang di bolehkan. Meniru dalam ujian, tak di bolehkan.) handwriting Gayour dalam majalah Gelihati dan Gila-Gila. Lukisan kartun Gayour memang aku admired. Cantik giler!

Bila dah admired, dah jatuh suka, aku cuba ikut font style. Tak dapat 100%, dapat 50% pun jadilah. Aku selitkan juga font aku sendiri dan akhirnya terhasillah Handwriting aku. Tinggal nak patenkan je. 😆

Itulah antara hobi aku zaman sekolah dulu. Zaman aku dulu zaman tanpa gajet. Tak jumpa la handphone, tablet, MP3 ataupun laptop. Paling special pun walkman. Itu pun anak orang 'have-have' je ada. Yang tak berapa nak 'have' ni syukurlah dapat tumpang dengar radio kawan-kawan. Tahulah juga perkembangan dunia music semasa.

Zaman aku, dapat baca majalah dah happy dah. Siap booking nombor giliran. Lepas aku habis baca, si A akan pinjam. Habis A, giliran B pula dan begitulah selalunya. Dan jenis yang tak reti jaga elok-elok harta benda kawan-kawan, di larang keras sebagai peminjam. 

Bukan mudah nak didik dan semai sikap menjaga hak milik orang. Kena bermula dari peringkat bangku sekolah. Kalau tak nak kena 'banned' jagalah majalah, buku mahupun novel yang di pinjam dengan cermat. Tension oii bila ada kesan sambal nasi lemak, terkoyak dan yang paling ngeri, tercabut mukasurat. Ganas giler!


Bila waktu paling busy siapkan kerja menulis?

On Hari Kasih Sayang dan akhir tahun sesi persekolahan. Waktu tu tahap ke'busy'an aku mengalahkan kedai printing. Kena pandai bahagi masa antara kerja sekolah dan ulangkaji. Jangan di sebabkan hobi, perkara wajib pula terabai. Bikin jatuh reputasi aku je. 😂

Mana datang 'kata-kata' ucapan untuk di tulis?

Kerapnya kawan-kawan yang akan tulis siap-siap apa isi yang mereka nak. Kerja aku, abadikan ucapan mereka dalam kad, jubin, mug dan lain-lain. Proses ini melancarkan urusan kerja penulisan aku. Kawan-kawan pun happy sebab tak perlu tunggu lama. Dan aku pun tak suka simpan harta benda orang lama-lama. Kalau hilang, jenuh nak ganti. 

Itulah serba sedikit kisah aku sebagai penulis. Seronok bila dikenang semula. Tetiba rasa rindulah pula pada zaman persekolahan.

3 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. kreatif sangat.. bertuahnya kak eiza ni.Serba serbi bole.. Tulisan pun cantik sangat.Berbaloi ni kalau buka servis.Ehehehs

    BalasPadam
  2. wahhh cantiknya tulisan, sambil luangkan masa untuk hobi sambil tambah tabung ayam juga kan. Hari Kekasih tu memang ramai lah yang buat tempahan hahaha dah boleh bayang busy macam mana.

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama