Stress dan cara atasinya.

Semua orang laluinya. Dari yang bersekolah hinggalah yang dah pencen. Cuma, cuba kawallah stress sebelum stress menguasai diri.

Yang beragama Islam, banyakkan zikir dalam hati sambil bereskan rutin harian. Sambil potong bawang zikir dalam hati, sambil kemas rumah zikir dalam hati, sambil cuci kereta zikir dalam hati. Tak wajib pun ada tasbih ditangan untuk zikir.

Atau, ambil seminit dua untuk workout, bakar kek, tulis artikel, jogging, futsal, berbasikal, dan buatlah apa yang boleh hilangkan stress seketika.
Bila jiwa dah tenang, susun semula jadual rutin harian. Mungkin silapnya bermula di situ. Mungkin ada perkara yang tak perlu dan boleh di hentikan.

Terkini, seorang bapa kelar/tetak anak berumur 4 tahun. Katanya disebabkan stress. Aku pula yang stress bila terbaca. Entah apa punca stress bapa tersebut hingga anak dijadikan jalan penyelesaian kepada stress.


OOTD asalnya. Tapi....

Di sebalik ketenangan sebuah gambar, ada huru hara di belakang tabir. Nampak tak gambar yang aku bulat. Adam dah dukung Hud sebab adik dia nak tengok angsa itik dalam tasik. Adik pula letak kaki kat pagar. Jenuh jerit, larang... Jangan Dukung Adik! 

Diyana dan Daniel tukar-tukar jadi photographer mama. Daniel, Adam dan Yaya tugasnya pantau, kejar dan mengawal Hud sebelum terlajak terjun ke kolam tadahan.

Stress? Memang stress tapi sediakan plan kawalan and enjoy the moment.

💃Super and Adorable Mama 
❤Eiza GreenAppleKu


4 ulasan:

  1. singgah sini hehe

    https://messarah.blogspot.com/2018/08/altheas-real-fresh-skin-detoxer-review.html

    BalasPadam
  2. done follow #1276.

    stess ni penyakit bahaya kalau dibiar lagi teruk dan tak terkawl

    BalasPadam
  3. stress boleh undang macam2 penyakit

    BalasPadam
  4. haha..terbantut hasrat maknye nak ootd bila tengok adam dukung hud macamtu..

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!