My Instagram

Resepi Kuah Kacang Simple.


Picture credit : Epicurious.com

Assalamualaikum dan hai. 😊

Resepi kuah kacang simple ni eiza dah cuba berkali-kali. Buat makan dengan cucur udang dan cucur ikan bilis. Makan dengan cakoi pun pernah eiza cuba. Sedap ya amat.

Eiza jumpa resepi ni dalam page Masak Apa Hari Ini (MAHI) Terima kasih Nor Salina Aziz kerana sudi berkongi resepi ibunya. Resepi asal adalah untuk 35 orang makan. Korang boleh ubah kuantiti bahan ikut keperluan korang. 

Bahan- bahan.
1.5kg Kacang tanah (sangai dan kisar kering)
200gm udang kering (kisar kering)
Cili kering (Kuantiti ikut tahap kepedasan yang dikehendaki. Rebus dan kisar bersama minyak, tambahkan sebiji bawang merah  dan 8 ulas bwang putih)
Gula
Garam
Air asam jawa
Air
(Kuantiti air adalah mengikut tahap kepekatan yang dikehendaki. Jika kuah terlalu pekat, boleh tambah air.)


Cara-caranya.
1. Tumiskan cili kering sehingga pecah minyak.
2. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
3. Masukkan udang kering, kacang dan air.
4. Masukkan air asam jawa.
5. Masak sehingga minyak timbul di permukaan kuah kacang.


Sebelum tutup api rasa terlebih dahulu. Tambah apa yang kurang jika perlu. Selamat mencuba. ❤


4 ulasan

farhanna jafri berkata...

Mudahnya nak buat! Singgah sini & follow :D

titan berkata...

yap.

tak susah sebenarnya nak wat kuah kacang ni.

tinggal malas atau rajin aje.

Byzura Halifah (MB) berkata...

resepi kuah kacang yang paling simple pernah MB baca ^^

Julia Johari berkata...

Laa senang rupanya nak buat kuah kacang, juju tak reti buat beli yg pes je...nanti kena cuba juga suatu hari nanti...dah rasa kt anak tekak mesti sedap ni...tq kak eiza kongsi resepi