My Instagram

Dashing 2 in 1 Face and Body Wash.



Assalammualaikum dan hai korang.

Jenama Dashing tak perlu diperkenalkan lagi. Jenama yang dah lama berada dalam bidang penjagaan diri untuk jejaka. Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Lengkap.

Kenapa eiza kata lengkap? Sebab Dashing kini dah ada 2 in 1 Face & Body Wash. Satu kelegaan buat eiza sebab jimat dan berbaloi. Kedua hero remaja dan encik hubby suka sangat dengan produk ni.  Pembersih wajah dan badan ini tersedia (hadir) dalam pek pam bersaiz 700-gram.

Dirumus khas untuk wajah dan badan lelaki (si jejaka) agar kekal hidrat dan juga mencerahkan kulit. Selain itu, mandian khas ini padat dengan ramuan untuk menyingkirkan kotoran di kulit dan memberikan pembersihan muka yang mendalam dari muka hingga ke tapak kaki untuk kelihatan bersih dan segar sepanjang hari.


DASHING 2 in 1 Muka & Badan terdapat dalam 4 variasi iaitu Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Diformulasi  dengan pewangi  DASHING eau de toilette (EDT), ia memberikan kesegaran serta haruman maskulin kekal lama.

COOL – Khas untuk jejaka kontemporari dan relax, gemar meluangkan masa dengan rakan rakan serta menghadapi kehidupan dengan tenang. Haruman penuh maskulin ini melambangkan identiti dan daya tarikan maskulin lelaki. 

Haruman maskulin ini dilengkapi dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk sebagai nota asas. Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti lelaki yang cool dan maskulin.

ACTIVE – Pelengkap si jejaka yang bergaya lasak  dan  menikmati kehidupan aktif. Haruman ini adalah gabungan nuansa FougĂ©re dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin yang luar biasa.

ULTIMATE KICK- Wangian sebenar seorang juara. Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan modennya. Ultimate Kick mempunyai haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk.

HATTRICK- Simbol kemenangan unggul buat setiap lelaki DASHING, aroma misteri Hattrick membara  semangat dan keghairahan untuk mencapai  impian. Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus, berserta  dengan  haruman Amber.

Variasi Cool dan Hattrick buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan mempunyai formula dwi-aksi dengan tiga kali ganda agen pemutihan yang lembut dan berkesan untuk membersihkan wajah serta memberikan anda tona kulit rata untuk tampil lebih cerah. 

Untuk badan, formulasi penghidratan yang mengandungi mineral mikro membantu mempertingkatkan kadar lembapan kulit serta menguatkan sistem pertahanan kulit, agar lebih sihat dan segar.

Untuk variasi Active dan Ultimate Kick pula, kotoran dan minyak berlebihan pada wajah dapat dihapuskan agar kelihatan bersih dan tidak berkilat. Dengan ciri-ciri detox dan pembersihan yang mendalam, ia membantu kulit untuk mengatasi  sebarang habuk dan kotoran harian, serta memberikan anda pengalaman mandian yang hebat dan menyegarkan.


Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan boleh didapati pada harga RM17.90 untuk pek bersaiz 700ml. Harga yang sangat berpatutan dan berbaloi sebab dapat dimanfaatkan untk kegunaan 2 dalam 1 (kulit dan tubuh badan ). 

Thanks for reading. ❤


8 ulasan

YB Shehan berkata...

Mmg guna yang ni skrg. bes. murah plak tu..

Eyqa Hasnan berkata...

Dashing punya product paling best! Bau pun wangi

Firzz Radzi berkata...

Saya pun pakai kak.. Senang semua sekali satu botol. And wangi jugak...

qaseh dalia berkata...

Terbaik ...

Mamaleesyamiro berkata...

Suka sangat bau ultimate kick. Semerbak bau satu rumah

ai berkata...

Maskulin sangat bau Dashing..

Salina Johari berkata...

Memang best dan berbaloi Dashing 2 in 1 ni...

Izyan Balqis berkata...

mudah kalau mandian untuk muka dan badan sekali ni, menjimatkan!