Assalamualaikum dan hai.

Ramadan dah hampir sampai ke penghujung. Semoga semangat kita semua masih kental untuk teruskan berpuasa. Dengan harapan semoga puasa kita mendapat keberkatan dariNya. Bukanlah sekadar menahan lapar dan dahaga.

Setiap kali tiba bulan puasa, pasti ada makanan atau minuman yang viral. Tahun 2018 ni, rezeki Kuba Guling @ Kerbau Guling menjadi viral dan most wanted!😝

Kuba Guling@Kerbau Guling
(Credit to Google)

Sekali pandang rupa kuih Kuba Guling ni macam kuih Kaswi. Bezanya Kaswi berwarna coklat dan Kuba Guling berwarna hitam. 


Kuih Kaswi
Picture from Eny Abdullah

Rasanya? Entah sebab eiza belum pernah rasa kuih Kuba Guling ni. Tapi buat mereka yang dah rasa, katanya sedap. Mungkin aroma tempurung bakar yang buat kuih ini punya identiti tersendiri.

Korang Google je untuk dapatkan resepi Kuba Guling ni. Eiza lebih teruja untuk memgetahui asal usul kuih viral ni. 

Kuih “Kerbau Guling” merupakan kuih yang berasal dari Thailand. Kuih yang bahannya terdiri dari tepung beras, tepung jagung, tepung pulut, air kapur, gula, santan pekat, air arang tempurung kelapa dan kelapa parut ini dibuat semenjak turun temurun oleh penduduk kampung di Thailand kerana bahan asasnya boleh didapati di mana-mana terutamanya di kampung. 

Oleh kerana Thailand terkenal dengan negeri pengeluar padi, penduduknya cuba menggunakan beras yang ditanam sendiri itu untuk membuat pelbagai jenis kuih dan termasuklah Kuba Guling.

“Kerbau Guling” yang diviralkan sekarang nama asalnya ialah “ Khanom Peak Pun” khanom = kuih, peak= basah/ lembek, pun = kapur. Nama ini diberi berdasarkan antara kandungannya ialah kapur dan sifatnya yang lembut atau lembek.

Sekitar tahun 90an kuih ini dijual di Rantau Panjang, Kelantan oleh seorang pakcik yang berasal dari Nakhon si Thammarat Thailand dan sebenarnya “Kerbau Guling” yang diviralkan sekarang adalah diwarisi oleh isteri dan anak-anak beliau. 

Kuih ini dibuat dalam dua versi/warna iaitu warna hijau dan warna hitam. Warna hijau diambil daripada perahan daun pandan, manakala warna hitam pula daripada air yang dicampur dengan arang tempurung kelapa.

Kuih yang diberi nama “Kerbau Guling” ini dijual di merata tempat di Thailand, ada yang versi tradisional yang dimakan bersama kelapa parut, ada yang versi yang sudah di upgred dan ditambahnilai dengan pelbagai bahan, bentuk dan rupa. 

Thanks for reading.




1 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama