Assalammualaikum dan hai.

Alhamdulillah. Baru-baru ni aku berpeluang membelai kulit wajah di Chandnis Beauty House yang terletak di Bandar Baru Ayer Itam Pulau Pinang. Dapat tenangkan minda seketika adalah moment yang amat diimpikan setiap wanita.

Haruman aromatherapy serta sapaan mesra beautician Miss Amy buat kehadiran rasa dihargai. Setelah mendapat kebenaran Amy, aku snap sekeping dua gambar sementara menanti giliran aku tiba. Hiasan dalaman Chandnis cantik, simple dan punya identiti tersendiri.




Pearl Calm Healing dicadangkan oleh Ms Malar untuk aku. Rawatan ini mampu mengurangkan stress. Surirumah sepenuh masa pun stress juga. Kami terperangkap dalam dunia kami yang tersendiri. 

Rawatan dimulakan dengan Deep Cleanse dan Glowing. Wangi dan sejuk terasa di muka aku. Lembut sentuhan Malar yang sudah 15 tahun berpengalaman dalam dunia kecantikkan.

Selepas wajah di cuci bersih, rawatan mengeluarkan whitehead dan blackhead dilakukan menggunakan kaedah tampalan. Tidak menyakitkan! Diikuti dengan scrub yang bertujuan untuk menanggalkan sel kulit mati. Bila wajah dah benar-benar bersih, mudah kulit menyerap segala khasiat krim seterusnya.



Mask daripada ekstrak mutiara yang terasa sejuk ini bertujuan untuk mengecilkan pori-pori, mencerah dan glowingkan wajah. Aku pasti korang dah tahu khasiat mutiara untuk kulit wajah.

Selepas mask kering dan dibersihkan, Malar menyapu toner bertujuan untuk membersihkan segala saki baki kotoran yang mungkin masih ada.




Akhir sekali pelembap di sapu untuk penghidratan optimum pada siang hari dan melindungi kulit  daripada sinaran UVA / UVB yang berbahaya. Ia membantu mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan untuk kulit yang lebih muda. Formula yang tidak berminyak agar kulit kekal terkawal dari minyak berlebihan.



Sebelum pulang, aku dihidangkan teh halia yang kaya dengan kalium, magnesium, vitamin B6 dan C, dan ia mengandungi banyak manfaat kesihatan termasuk penghadaman, mengurangkan keradangan sendi, migrain, loya, dan cirit-birit.



Chandnis Beauty House
Address : No.31B, Jalan Angsana, 11500 Bandar Baru Ayer Itam, Pulau Pinang
WhatsApp : 016-565 3079
FBhttps://www.facebook.com/chandnis.penang
Business Hours : 11am-7pm (Closed on Sunday)

Selain Face Spa, antara perkhidmatan lain yang ada ialah Bridal Makeup, Makeup Course, Eyebrow Threading, Mehendi/Henna/Inai, Saree Drapping, Waxing/Bleaching, Wedding Set Rental, Hair Setting & Treatment.


Thank for reading. ❤


23 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Bestnya pergi manja-manja kan muka..

    BalasPadam
  2. Best ai. Rasa macam nak gi lagi la. Hahaha...

    BalasPadam
  3. Fuhhh bestnya sekali sekala manjakan diri camni.

    BalasPadam
  4. last memanjakan diri sendiri pun dah lama rasa, kena pergi juga nih untuk kurangkan stress. Hi salam kenal disini.

    BalasPadam
  5. tempat terbaik untuk ber'me time' ni

    BalasPadam
  6. Lama rasanya Rawlins tak pergi buat rawatan muka dan badan. Sebab Rawlins buat sendiri kat rumah. Tapi best juga kalau sesekali dimanjakan sebegini kan?

    BalasPadam
  7. wah spa! pengantin sesuai la ni! berapa harga pakej ni? tapi confirm la laki takde kan haha

    BalasPadam
  8. Selesanya spa tu. Nampak relax sangat. Ana pun teringin nak dapatkan rawatan dekat spa. Nak manjakan kulit muka yang lama tak terbelai. Lagi2 nak raya ni kan.

    BalasPadam
  9. bestnya dapat memanjakan diri dengan menghadirkan diri ke spa2 kan. dapat tenangkan fikiran dan relaxkan badan. dah lama tak pergi ke spa. boleh lah kot lepas nie ke sana. sesekali nak jugak pamper diri sendiri betul tak ? hihi

    BalasPadam
  10. Bulan puasa boleh dak berspa ni. Ty balik Penang pun puasa. Stress sangat dgn byk kerja.. Opis, blog, sukan. Busy betul so tak tersempat nak me time. Dapat relax camnibest juga.

    BalasPadam
  11. teringinnya nak try rawatan Pearl Calm Healing tu.. betul tu.. surirumah pun ada juga stressnya kan.. mana orang luar tahu kalau kita pun tak boleh nak cerita.. bagus kalau dapat buat raawatan ni.. kalau dekat mesti TB pi..

    BalasPadam
  12. Bestnya dapat manjakan diri dekat sini.banyak juga servis dia.airah pun dah lama rasanya tak buat facial

    BalasPadam
  13. Memang kegemaran wanita laanjakan diri di spa.. Hilang kejap penat dan stress.. Setiap wanita mmg perlukan rawatan di spa.. Sebulan skli pun da memadai.. Spa ni nmpak cantik dan kemas msti best rawatan yg disediakan.

    BalasPadam
  14. Orang perempuan kalau tak pergi SPA sekali sekala tak sah tapi apa salah nak manjakan diri selepas penat membuat kerja rumah nak cantik pun untuk orang yang kita sayang baru bertambah bahagia kan....

    BalasPadam
  15. Yelah kan...suri rumah pun perlu belai muka kan....seronoknya sekali sekala dapat membelai muka yang mestinya dah lama berkerat...eh.. hehehehe

    BalasPadam
  16. Tak pernah lagi ada pengalaman buat rawatan muka. Macam best je tu.

    BalasPadam
  17. Best sekali sekala dpt pergi spa. Me time la katakan..evwn dpt buat facial pun dh ok. Bagi bersih muka dan naikan seri kan..asyik buat kerja mekap je sesekali kenala relaxkan muka tu

    BalasPadam
  18. Selalunya kalau pergi Penang jalan2 mesti kulit pun sunburn. Kalau pergi spa ni buat facial mesti best ni. Lain kali kalau ada ke sana boleh la singgah spa ni n manja2kan diri dan bang minyak2 kotoran kat kulit muka

    BalasPadam
  19. lama dah tak memanjakan diri. Sebenarnya orang perempaun ni kena sekali-sekala pergi berurut dan membuat pembersihan wajah. Kalau dapat pergi ni..dapatlah kurangkan sedikit stress dalam diri hehehe

    BalasPadam
  20. Memang suka sangat manjakan diri dekat spa ni. Eh ni dekat Ayer Itam kan. Dekat sangat dengan office lia. Balik kerja boleh je singgah. Hilangkan stress lepas kerja.

    BalasPadam
  21. Lama betul sis tak buat facial. Dari dulu kalau buat facial, part yang nak buang whitehead tu baling sis tak suka..sebab tu kot malas nak buat facial..hehehe. Tapi kalau diaorg massage2 muka bahu semua tu..perghh boleh terlelap dibuatnya..hehehe

    BalasPadam
  22. Ini adalah aktivitas yang paling menyenangkan bagi semua wanita yaitu pergi ke salon dan memanjakan diri dengan perawatan wajah hingga body. Hmmmm.... benar benar rileks. Saya suka ini

    BalasPadam
  23. LAMA TAK PERGI SPA..NAK PERGI LA..KENE ME TIME NI..HEHEE

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama