My Instagram

Iconic Suites & Pods Hotel



Assalammualaikum dan hai.

Sebenarnya tak plan pun nak bercuti satu family. Plan asal cuti sekolah penggal pertama baru ni hanya untuk memeriahkan majlis kenduri perkahwinan adik ipar. Di sebabkan aku perlu hantar brownies sehari sebelum kenduri, so dari awal lagi aku dah plan nak balik pada hari Jumaat.

Gigih cari hotel terdekat di sebabkan family mertua aku punya keluarga yang besar. And aku happy dapat berada dalam family mertua aku. Sayang mereka semua ketat-ketat.

Aku, encik Hubby, Hud, Yana dan Yaya bertolak pada awal pagi Jumaat. Kalau diizinkan, encik Hubby nak sampai sebelum Solat Jumaat. Sementara adik aku Zam berserta isteri Su, my mum, Danial dan Adam bertolak selepas solat Jumaat disebabkan Su bekerja separuh hari. Dan tak sangka, mereka dah plan nak bercuti ke Lost World Of Tambun. Alang-alang dah ada kenduri di Tapah, jadi mereka gunakan kesempatan yang ada sebaik mungkin.


Alhamdulillah kenduri adik ipar aku, Kamal dan pasangannya Akma berjalan lancar. Walaupun cuaca panas terik, seluruh ahli keluarga memberikan team work yang terbaik. Lauk kenduri yang mencukupi dan sedap. Semoga semua jemputan pulang dengan rasa gembira.

Semasa kedua family adik aku sampai, tetamu dah tak ramai. Banyak meja kosong. Kesempatan ini kami gunakan untuk berbual mengenai isu semasa sambil menjamah hidangan. Memandangkan esok hari Ahad dan jadual kami semua free... Aril, adik bongsu aku cadangkan kami bercuti bersama-sama. Dan kami semua sepakat say, yes!


Aku cadangkan family Zam, Aril, my mum, Diyana, Daniel dan Adam untuk gerak dahulu ke Iconic Suites & Pods Hotel memandangkan aku dan hubby ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan.  Dapatlah mereka berehat seketika sementara menunggu kami sampai. Sebaik sahaja aku sekeluarga sampai di Iconic Suites & Pods Hotel, family Aril, Zam dan my mum dah get ready untuk ke Movie Animations Park Studios (MAPS).


Tak jauh mana pun lokasi hotel dan MAPS tetapi di sebabkan ada Program Gegar Ria, laluan menjadi sibuk. Kami perlu cepat agar dapat menonton 'Stund Legends'. Dan akhirnya kami sampai beberapa minit sebelum pertunjukkan bermula.


Selesai menonton, kami menjelajah ke seluruh MAPS. Diyana dan Daniel ambil risiko naik Asteroid Attack. Sampai merah muka sebaik sahaja mereka selesai merasai pengalaman yang tak dapat di lupakan. Aku? Serik dah kot. Cukuplah sekali. Adam dan Akil memilih untuk main bumper car. Walaupun terpaksa beratur panjang sementara nak tiba giliran mereka.



Apa yang bestnya tentang bilik di Iconic Suites & Pods Hotel ialah hiasan dalamannya yang moden, bersih serta layanan pekerja yang mesra.  Bilik tema Frozen dan Marvel untuk family Aril, my mum, Diyana dan Yaya serta my two hero. Manakala untuk aku, hubby, hud dan family Zam bilik bertema romantik untuk kami.


Bermalam di Iconic buat aku rasa tak nak balik ke rumah. Sangat selesa. Anak-anak aku siap berangan nak makeover bilik tidur. InsyaAllah. Buat anda yang ingin bercuti ke sini, di nasihatkan buat tempahan awal ya. 😉

Thanks to kedua adik aku, Zam dan Aril sebab sponsor trip percutian tak dirancang untuk kali ni. Semoga Allah sentiasa murahkan rezeki kita sekeluarga. Dan rezeki anda juga.

Iconic Suites & Pods Hotel
Address : 85 Jalan Meru Bestari B7, Medan Meru Bestari Ipoh, Perak 30020
Contact directly at +605-525 2803
Fb: https://www.facebook.com/Iconicsphotel/
Insta: https://www.instagram.com/iconicsphotel/
Website : http://www.iconicsphotel.com


p/s : If you’re looking for blogger service, a media representative in publicizing your product or business, or you want to write articles about foods, places or anything, I'm the one you’re looking for. You definitely want your products and business to be in google search, right?

Don’t worry about the charges, it’s always negotiable. Just email me at eiza.greenappleku@gmail.com. Thank you and be happy to work together.


10 ulasan

Nao Mei berkata...

Bestnya dapat bercuti bersama keluarga..

YB Shehan berkata...

bestnya. tak sampai MAPS lagi..

mas saari berkata...

Cantik deko bilik dia.

Eyqa Hasnan berkata...

Bilik tu menariknya tema. Marvel!

Julia Johari berkata...

Iconic hotel ni menariknya sis eiza, wah nanti nak stay juga lah suatu hari nanti.

Asyiqin berkata...

cantiknya bilik dia... teringin pergi sana

noorhaidaz eyda berkata...

Xtau pulak dtg ke Ipoh..kalau tak boleh jumpekan... cantik jg ye hotel tu. Org dekat pun xtau.hehehe

ejulz berkata...

terbaek.. cantik tempat ni..

Jemput join segmen ejulz :)
http://ejulz.blogspot.my/2018/04/segmen-aminkan-doa-sahabat.html

ai berkata...

Best juga ni..

Radhia Razali berkata...

cantiknya interior deco hotel ni