Limited Edition : Hello Kitty Collections at Guardian!



Salam dan hai 😊

Semalam, sambil tunggu Diyana beli apa tah (yang cicah dengan sos keju) kat KFC, aku bawa Yaya dan Hud singgah Guardian. Selesai urusan di KFC, Diyana akan terus jumpa kami di sana. 

Tiba di pintu masuk Guardian, Yaya dah tarik-tarik lengan baju aku sambil tunjuk papan iklan. Hello Kitty! 

Sebenarnya aku dah nampak lebih awal tapi sengaja aku buat-buat tak nampak. Sebab konfem jika peminat Hello Kitty tahu, boleh lari monthly expences mama. 

Bermula 8 March hingga 18 April! Sempat lagi kalau nak collect ke semua Limited Edition Hello Kitty kali ni. Diyana dah terpikat dengan Tote Bag. Yaya pula nak lunch bag. Hud pun tak mau mengalah, dia nak cosmetic bag. Katanya nak isi kereta Hot Wheels. Dan koleksi lego ironman! 

Kakak Yaya dia dah bising. "Ni barang perempuan la. Hud lelaki mana boleh guna barang perempuan." Tapi Hud tetap Hud. 

"Biar la..." ringkas jawapan Hud. Siap pakej jeler lidah. 

Tu kalau aku tak damaikan, mesti ada adegan seterusnya. Yaya kuat menyakat, Hud pula tak nak mengalah. Kena dah dua-dua ni. 



PWP with every RM20 purchase including participant brands or RM30 without participants brands. Peminat Hello Kitty boleh dapatkan these adorable items! 😍 

Joyful Love Lunch Bag (RM18.80) 
Power Love Laptop Case (RM25.00) 
Cheerful Love Cosmetic Bag (RM18.80) 
My Love Tote Bag (RM25.00)



4 ulasan:

  1. Anak² perempuan sukalah Hello Kitty, kalau dapat ni mesti depa seronok.

    BalasPadam
  2. Mas, mak anak pun suka juga sebenarnya. 😊

    BalasPadam
  3. hee toksah tunggu anak2 saya dh kategori makcik pun minat helo kitty :D

    BalasPadam
  4. salam sis eiza =)

    wahh ni kalau dapat tote bag dgn laptop case tu pun syiok ni..hehe

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!