Giveaway teka swatches produk Sendayu Tinggi.



Assalam dan hai. 😊

Alhamdulillah, rezeki aku dapat 2 lipstick daripada Sendayu Tinggi. Dah tak perlu risau 'lipstick raya' nanti. 😊 Overkan. Puasa pun belum dah sebut bab Raya.

Just nak abadikan dan share pengalaman pertama aku menang giveaway melalui sosial media ni. Bukan mudah sebab ramai yang join. Aku sendiri sampai jam 1 pagi baru dapat siapkan komen untuk hantar ke Facebook Sendayu Tinggi. Sebab siang aku sibuk dengan urusan keluarga. 

Sempat jengah seminit dua ke fb, IG dan blog. Malam baru aku fokus untuk menulis. Tapi, jika ada urgent jobs, aku selesaikan guna tablet je. Sambil tunggu anak balik dari sekolah, sempat juga siapkan.

Untuk teka swatches, berdasarkan gambar yang aku sertakan,  namakan kesemua nama dan code lipstick serta sambung ayat yang diberikan. Bab nak sambung ayat yang sedikit mencabar minda. 😁

Dengan harapan 60-40 aku klik sent. Dan di suatu petang nan hening, muncul message fb dari Sendayu Tinggi berserta ucapan tahniah! 




5 ulasan:

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!