Salam dan hai korang.

Kali ni aku nak kongsi dengan korang, 10 tempat menarik di Kuala Lumpur yang sesuai untuk percutian keluarga. Mula-mula aku nak share beberapa tempat yang masuk adalah percuma. Dan terima kasih kepada tuan milik gambar yang aku google serta kongsikan. 


1. Taman Botani Kuala Lumpur
Bagi mereka yang gemar fotografi, taman rekreasi ni boleh di jadikan lokasi lawatan anda. Di sekitar taman ini juga, terdapat Tugu Negara, Taman Orkid, Taman Rama-rama dan yang lain-lain. Tengok gambar pun dah rasa ketenangan.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 6.00pm)
Harga Tiket: Percuma
Alamat: Jalan Kebun Bunga, Tasik Perdana, 55100 Kuala Lumpur.


2. Taman KLCC
Taman yang penuh dengan kehijauan, lanskap taman ini telah direka bentuk oleh Roberto Burle Marx, seorang arkitek lanskap Brazil yang terkenal di dunia.  Ada laluan joging, ruang santai, hiasan air terjun, kolam, tasik, taman permainan kanak-kanak dan pertunjukan air. Konfem seronok anak aku dapat berlari kat taman  ni. Aku pun teringin juga nak lepak sambil menikmati indahnya alam sekitar.

Waktu Operasi: Setiap Hari (7.00am –  10.00pm)
Alamat: Jalan Ampang, Kuala Lumpur City Centre, 50450 Kuala Lumpur


3. Hutan Simpan Bukit Nenas (Taman Eco Rimba KL)
'Green Lung' yang terletak di tengah bandaraya adalah hutan simpan yang paling tertua di Semenanjung Malaysia. Taman ini lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti tempat perkhemahan, laluan joging, padang permainan dan pondok bersantai. Sekali skala bawa keluarga untuk kenal dan hargai apa itu hutan simpan.

Waktu Operasi: Setiap Hari Termasuk Hujung Minggu dan Cuti Umum (7.00am – 6.00pm)
Harga Tiket: Percuma
Alamat: Hutan Simpan Bukit Nenas, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur.


4. Masjid Wilayah
Alang-alang dah bercuti di KL, cuba korang cari kesempatan untuk bawa keluarga solat di Masjid Wilayah. Rekaan masjid ini diinspirasikan daripada Masjid Biru yang terletak di Istanbul dengan gabungan seni bina Turki dan Melayu. 
Alamat: Masjid Wilayah, 50480 Jalan Duta, Kuala Lumpur.


5. Bank Negara Muzium and Art Galary
Bank Negara pun ada muzium dan Art Gallery. Ada 6 galeri iaitu. Galeri Seni, Galeri Perbankan Islam, Galeri Numismatik, Galeri Kanak-kanak, Galeri Ekonomi dan Galeri Bank Negara Malaysia. Banyak ilmu baru yang bakal diketahui. Senang anak nak buat karangan kelak.

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 6.00pm)
Harga Tiket: Percuma
Alamat: Sasana Kijang, 2 Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur.


6. Taman Tasik Titi Wangsa
Yang istimewa sedikit taman tasik ni disebabkan ada trek kereta kawalan jauh dan kemudahan menunggang kuda. Dan aktiviti menaiki paddle boat ataupun bermain Unexs waterball bagi yang berminat. Kemudahan asas taman turut ada disini. Terdapat juga gerai menjual makanan dan minuman di sekitar taman tasik. Jangan lupa bersama kita jaga kebersihan taman. Buang sampah ke dalam tong sampah. Semoga keindahan alam sedap mata memandang.
Alamat: Tasik Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur.

Selesai perkongsian 'masuk percuma', berikut perkongsian 'masuk berbayar'. Senang untuk aku masukkan dalam baget percutian kelak. 


7. Blog Space.
Untuk anak aku yang gemar permainan lego, Blog Space mungkin menjadi kenangan terindah buat mereka. Tak dinafikan, permainan lego membantu perkembangan kreatif, kenal warna dan kemahiran reka bentuk hasil idea mereka sendiri. Sesuai untuk mereka yang berumur 5 hingga 14 tahun.

Waktu Operasi: Bergantung kepada cawangan BlockSpace
Harga Tiket: RM18
Alamat: Terdapat 5 cawangan di sekitar KL dan Petaling Jaya iaitu: IPC Shopping Centre Damansara, The School Jaya One, Main Place USJ 21, Empire Shopping Galery, 1 Mont Kiara.




8. Petrosains
Antara pameran yang ada di sini ialah Dark Ride, Space, Speed (pameran kereta Formula 1, tentu Hud teruja), Molecule Nano World, 3D Theatre dan banyak lagi.

Waktu Operasi: Selasa –  Jumaat (9.30am – 5.30pm) | Sabtu, Ahad, Cuti Umum (9.30am – 6.30pm) | Isnin Kecuali Cuti Umum dan Cuti Sekolah (Tutup)
Harga Tiket: Dewasa MyKAD: RM20, Biasa: RM30 | Kanak-kanak 3-12 Tahun MyKAD: RM8, Biasa: RM18 | Kanak-kanak 2 Tahun & Kebawah Percuma | Warga Emas MyKAD: RM10, Biasa: RM15
Alamat: Level 4, Suria KLCC, PETRONAS Twin Towers, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


9. Planetarium Negara
Gabungan seni bina Islam dan futuristik. Dah macam mengembara ke angkasa pula pengalaman yang bakal dirasai. Ada Space Theater, Galeri Sains Angkasa (masuk percuma) dan Dek Pemerhatian. Di dek pemerhatian ni ada teleskop bersaiz 14 inci.

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin (9.00am – 4.30pm)
Harga Tiket (Tayangan Planetarium): Dewasa MyKAD: RM6, Biasa: RM12 | Kanak-kanak MyKID:RM4,Biasa: RM8
Alamat: Planetarium Negara, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi, 53, Jalan Perdana, 50480 Kuala Lumpur.



10. Aquaria KLCC
Ada lebih 150 spesis hidupan laut. Anak-anak dan mak ayah anak tentu teruja dapat lihat ikan jerung dengan lebih dekat. Selalu tengok dalam movie je. Nak lebih adventure, cuba masuk program Cage Rage. Anda akan dimasukkan di dalam sangkar yang akan diselamkan di dalam air! Dah ala-ala fear factor. 😂
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 8.00pm)
Harga Tiket: Dewasa MyKAD: RM49, Biasa: RM69 | Kanak-kanak MyKID: RM39, Biasa: RM59 | Warga Emas MyKAD: RM39, Biasa: RM49
Alamat: Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur City, 50088 Kuala Lumpur.

Untuk melihat lokasi tempat menarik lagi, boleh klik laman web Kelab Blogger Ben Ashaari. Ada pelbagai perkongsian sahabat mengenai percutian mereka. 

Nota : Waktu operasi dan harga tiket mungkin berubah mengikut situasi ekonomi terkini. Sila google terlebih dahulu destinasi pilihan  untuk kepastian.

4 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Banyak tempat2 menarik kat Kuala Lumpur yang boleh kita terjah bersama keluarga.

    BalasPadam
  2. blok space tu macam menarik, best kalau bwak anak ni

    BalasPadam
  3. Blog Space tu menariklah, seronok kalau bawak anak² ni.

    BalasPadam
  4. ada tempat yang huda baru tahu. thanks sharing kak eiza

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama