Salam dan hai semua. 😊



Sebelum ni aku tak ambil pusing pun tentang perlunya Yoga Mat. Buat Plank pun atas toto yang dilipat dua je. Tapi sejak join program Jom Kurus 1 Malaysia musim ke 10 (JK1M10), coach dah pesan beli jika takde tikar tu. Sebab ada jenis senaman yang memang kena guna. Dan bila dah guna terasa sedap la pula. 😂

Terutamanya jika buat senaman Burpees. Burpees ni gabungan squat, kick feet back, push-up, squat dan diakhiri stand and jump! Memang kuak dada la masa aku mula-mula buat burpees ni. But, alah tegal perkara biasa. Bila dah beberapa kali buat, tak lah berterabur Burpees aku.

Ada pelbagai harga dan jenis Yoga Mat. Dari yang mahal hingga ke harga mampu milik. Pening aku nak pilih. One day, coach WhatsApp ke group gi tahu kat Guardian ada jual Yoga Mat. Good kualiti, ada beg untuk senang dibawa dan harga bawah 50 ringgit.



Murah kan. Dalam minggu tu juga aku ke Guardian. Aku bawa Hud, Yaya dan Adam. Kena cepat sebab nanti nak ambil Diyana dan Daniel yang ada kelas tambahan di sekolah. Kiranya aku ada masa dalam 1 jam je.

Melilau aku cari Yoga Mat tu. Tak jumpa. Di tambah keadaan yang agak sesak di sebabkan sales, kerja yang sekejap dah makan masa. Last choice aku tanya staff farmasi yang kebetulan lalu di hadapan aku. Tak sampai 5 minit menunggu, dia bawa satu mat berwarna biru.

"Tinggal satu je kak. Ada warna ni je."

Aku dah tak kisah warna apa. Asalkan ada, dah besar rahmat bagi aku.


Best rupanya guna Yoga Mat semasa bersenam. Yoga mat ada dua jenis iaitu jenis closed cell dan open cell. Close cell adalah yang terbaik untuk aktiviti senaman yang aku join. Ia tidak licin, grippy dan tidak berbau jika dicuci. Cara nak cuci, lalukan dengan air dan aku letak sedikit gel mandian aiken atau apa-apa jenama asalkan yang jenis mild cleanser. Then bilas cepat-cepat. Air dry kan sahaja untuk elakkan mat dari merekah dan berkedut.

Thanks ya sebab sudi singgah dan baca perkongsian aku kali ni. Jangan lupa jaga pemakanan dan bersenam. Petua nak fit badan ada pada 80% gaya pemakanan dan 20% senaman. ❤


6 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. teringin nak cari satu, ada ternampak sorg beli dkat mr diy, agak2 ok x yg tu?

    BalasPadam
  2. Selalu tengok yoga mat nie. Nak kena beli nie time exercises sensorang. Hihihihiii

    BalasPadam
  3. Izyan, beli kat mana tak kisah asalkan jenis closed cell. Tak lah berlari tikar tu masa buat senaman. 😂

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Betul Eyqa. Akak pun guna time buat senaman sensorang kat rumah. Dah rasa macam kat studio. Hahaha...

    BalasPadam
  6. tak mahal pun yea harganya yea..nak belilah satu

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama