Hope for the best, prepared for the worst : JANE.



"Hai, good morning Jane."

Wajah Aduka tetap tersenyum miang walaupun salam yang dia hulur Jane tak sambut.

"Sombongnya you ni."

"Bukan sombong tapi haram is haram."

Sambil ketawa Aduka melangkah masuk ke ruang kerjanya. Jane meneruskan kerja mengedit. Bahagian kerja yang dah siap ada sedikit perubahan. Dia dah biasa dengan usikan Aduka, suami kepada dua orang isteri.

"Jane, kau dah breakfast? Mai la join kami." Ajak Maya yang di tangan ada bungkusan nasi lemak dan secawan milo panas.

"Awal lagi ni, mai la makan dengan kami." Rose dah tolak pintu bilik mesyuarat guna bahu. Sama macam Maya, di tangan Rose ada secawan kopi panas dan bungkusan makanan. Entah apa menunya.

"Yelah, aku memang tunggu korang berdua. Tak sedap la makan sorang-sorang." Jane jeling jam dinding. Mereka ada lagi 15 minit sebelum waktu kerja bermula.

"Tak habis lagi miang Aduka tu? Aku nampak apa yang dia buat kat kau Jane. Padan muka dia, kau tak layan."

"Tak padan dengan bini dua, tak serik agaknya dia." Rose buka bungkusan makanan. Semerbak bau bihun goreng.

"Nah, untuk korang. Aku buat bekal untuk anak pagi tadi, ada lebih. Korang kongsilah makan sorang sikit."

Jane dan Maya bahagi sama rata bihun goreng daripada Rose. Kata orang, rezeki jangan di tolak.

"Aku respek la dengan kau Jane. Kau lain dari yang lain." Maya dengan mulut penuh makanan mulakan topik pagi.

"Lain kot mananya. Kau puji-puji aku ni nak suruh beli produk kaukan. Maya, aku akan tetap setia guna skincare aku. Kau jangan cuba nak racun aku. Nanti kau juga merajuk dengan aku bila aku keluarkan fakta krim timbang kilo."

"Eh, ke situ pula kau. Takdelah. Aku kagum dengan pendirian kau. Kau aku tengok cool je hidup dengan anak-anak. Tak terdesak nak berlaki."

Nasib baik tak tersedak Jane dengan mulut Maya. Rose hanya pandang dan sesekali hirup kopi panasnya.

"Jiran aku, dah bercerai untuk kali yang ketiga. Aku dah nasihat, jangan terburu sangat buat keputusan nak kahwin. Tapi dia tetap dengan ketegaq dia. Nak kahwin sebab tak nak nanti bekas suami pertama kata dia tak laku."

"Mungkin dia tak boleh hidup jika tak ada seorang suami disisi."

"Tapi aku tengok kau okay je."

"Lain orang lain prinsipnya. Kita tak tahu apa yang dah dia go true. Tekanan yang dia dah hadapi. Kau dah nasihat tapi dia tetap nak juga kan. So, biar jelah dia dengan life dia."

Jane menghabiskan bihun goreng dan char keow teow kerang yang berbaki sedikit. Kenyang. Rasanya, lunch nanti dia tak keluar dah. Dapatlah dia siapkan Company Profile lebih awal dari yang bos minta.

"Pegangan agama." Rose yang dari tadi diam mula bersuara.

"Pegangan agama yang bezakan tindakan seseorang. Jika yakin jodoh tu ketentuan Allah, akan tenanglah kehidupan orang tersebut. Berdoa, mohon dijodohkan dengan penganti yang baik-baik. Diri sendiri pun baiki diri dengan dekatkan diri dan keluarga kepada Allah. Yang selebihnya biar Allah tentukan. Kita, teruskan hidup seperti biasa. Ada jodoh, adalah. Jika takde, mungkin itu yang terbaik untuk diri.

Bila kau tak yakin Allah Maha Mengetahui, jadilah seperti kawan kau Maya. Rasa tak laku lebih dirisaukan. Asalkan lelaki, terus dijadikan suami. Hidup makin huru hara. Kahwin, cerai. Kahwin, cerai."

Ah, dah la. Aku sekadar luahkan rasa kecewa aku dengan sikap sesetengah single parent ni. Di sebabkan mereka, terpalit pula kawan kita yang baik macam Jane ni. Rupa ada. Pendirian tegas. Sebab kau yakin dengan Allah kan Jane."

"Melambung korang puji aku. Kalau nak aku belanja, tunggu bonus hujung tahun tau."

"Kedekut. Setakat subway sorang sebungkus pun nak berkira ke?"

Berdekah ketawa mereka bertiga. Bunyi ketukkan dari dinding kaca buat ketawa mereka terhenti.

"Hoi! Bos dah sampai tu. Korang la, membawang tak tengok jam." Maya kelam kabut kemas bungkusan makanan.

"Dah dah. Move out. Aku nak buat kopi untuk bos." Jane dah tolak kerusi masuk bawah meja.

"Kau hembus-hembus sikit kopi tu Jane. Mana tau bonus tahun ni 3 bulan gaji." Seloro Maya.

"Kau ingat aku kaki jampi ke. Sebelum aku hembus kopi bos, aku hembus kau dulu Maya. Kurang sikit becok kau tu."

Settle hantar kopi, Jane kembali sambung buat kerja menaip. Andai kau yakin hidup ini dalam genggaman Allah, kau akan redha dengan ketentuanNya. Kita tak mampu ubah takdir tapi kita masih mampu ubah apa yang nak kita buat sepanjang hidup kita menempuh ujian tersebut.



Pesanan Penulis. 

No plagiat. Please share jika korang suka dengan cerpen aku kali ni. Insyaallah, akan menyusul koleksi cerpen aku yang lain. Kembali mengasah skill menulis. Doakan aku ya. 


6 ulasan:

  1. Izyan, ada...panjang cite Jane ni.

    BalasPadam
  2. Wahh tak sabar nak baca sambungan

    BalasPadam
  3. good luck kak eiza, teruskan menulis dan berkarya

    BalasPadam
  4. salam..
    hi cik eiza epal hijau..hehe
    yaya dtg singgh..n follow..
    xfollow lagi rupenyer..adui.
    heee

    BalasPadam
  5. wahhhhh cerpen bersiri suka2

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!