Adab makan. - Eiza GreenAppleKu

Adab makan.



PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Adab Makan

عَنْ عُمَرَ بْنَ أَبِي سَلَمَةَ يَقُولُ: كُنْتُ غُلاَمًا فِي حَجْرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَانَتْ يَدِي تَطِيشُ فِي الصَّحْفَةِ فَقَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَا غُلاَمُ سَمِّ اللَّهَ وَكُلْ بِيَمِينِكَ وَكُلْ مِمَّا يَلِيكَ

Daripada Umar bin Abi Salamah katanya: Sewaktu aku kecil di bawah jagaan Nabi SAW tanganku sentiasa berlegar sekeliling talam (untuk mendapatkan makanan dan lauk). Nabi SAW berkata kepadaku: Wahai anak, sebut nama Allah (baca Bismillah), makan dengan tangan kananmu dan makanlah (ambillah makanan) yang hampir denganmu. (HR Bukhari No: 5061) 
Status: Hadis Sahih.

Pengajaran:

1.  Islam mengajar agar beradab dalam setiap perkara termasuklah ketika makan.

2.  Antara adab makan dalam Islam:

a.  Memulakan dengan bacaan Basmallah (Bismillah)

b.  Makan menggunakan tangan kanan

c.  Mulakan makanan yang paling hampir dengan kita

3.  Makanan dan minuman yang tidak menyebut nama Allah akan disertai oleh syaitan. Rasulullah bersabda:

إِنَّ الشَّيْطَانَ لَيَسْتَحِلُّ الطَّعَامَ الَّذِى لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ

“Sesungguhnya syaitan menghalalkan makanan yang tidak disebutkan nama Allah padanya. (HR. Abu Daud No. 3766). Status: Hadis Sahih

Beradablah dalam makan dan minum.

06hb Januari  2018
18hb Rabiul Akhir 1439H

Kredit : Gambar perkongsian dari Google.

No comments

GreenAppleKu.com. Powered by Blogger.