Bio Essence Rose Gold Water, Bio Essence, Rose Gold Water, Cara Guna, Essence Water, Rose Gold,

Rose Gold Water dari Bio Essence


"Eh, Cantiknya kotak ni." Itu reaksi aku pertama kali bila terpandang Rose Gold Water dari Bio Essence. Walaupun nama blog aku greenappleku tapi ada ketikanya aku terpikat juga dengan warna yang sweet macam ni. Ada diskaun untuk saiz 30ml Rose Gold Water dengan purchase with purchase di Watson.

Aku pilih tisu dan mineral water jenama Watson. Dapatlah beli  Rose Gold Water pada harga diskaun RM15++. Aku cuba yang saiz kecil dulu. Kalau tak ngam dengan kulit muka aku, taklah rasa ralat sangat.

Masuk hari ni, dah 7 hari aku guna Rose Gold Water. Pori-pori wajah makin mengecil, kulit muka soft and supple dan paling best makeup tahan lama. Aku guna 2 kali sehari. Sekali pada waktu pagi dan sekali lagi waktu malam sebelum nak tidur.

Aturan Guna


Siang
Cleansers, toner, eye cream, Rose Gold Water, pelembap, SPF

Malam
Cleansers, toner, eye cream, Rose Gold Water, night cream

Ye, aku skip serum. Gantikan dengan Rose Gold Water sebab serum dah habis. Just sapu semua ni sikit-sikit sebab kulit aku jenis kombinasi. Bau lembut lagi unik bunga ros Eijitsu buat aku teringat-ingat nak sapu. 

Aku google laman web Bio-Essence untuk ketahui manfaat dari essence water ni. Dan disini aku share dengan korang apa istimewanya Rose Gold Water.

Bio Essence Rose Gold Water, Bio Essence, Rose Gold Water, Cara Guna, Essence Water, Rose Gold,

YOUR 1ST BOTTLE OF ESSENCE WATER

Infused with unique Japanese rose extract – Eijitsu, helps to quench skin with much needed hydration and refine pores so that skin feels petal-soft and moistful.

Product Efficacies


HYDRATION – Moisture is constantly restored and locked into the skin for long hours to keep it well-hydrated while skin takes on a soft and supple radiance for a youthful complexion.

FINE LINES – Infused with 24K Bio-Gold which contains powerful anti-oxidant properties that help to slow down the formation of fine lines for youthful-looking skin.

PORE REDUCTION – Tightens enlarged pores and regulates moisture and sebum balance for fine and smooth skin.

Alhamdulillah, product ni ngam dengan kulit aku. Sebotol kecil aku rasa mampu bertahan lebih dari 2 bulan. 

Bio Essence Rose Gold Water, Bio Essence, Rose Gold Water, Cara Guna, Essence Water, Rose Gold,

Sebelum ini Bio-Essence ada keluarkan Gold Water. Gold Water sesuai untuk wanita yang berumur 30 tahun ke atas. Dan Rose Gold Water ni untuk girl yang berumur 20 tahun ke atas! Aku dah tersalah beli sebab tertarik dengan warna rose gold. But hey, jangan panik. Produk ni tetap berkesan dengan jayanya untuk aku yang dah terlebih umur. Akan terus guna hingga ke titisan terakhir. Tak baik membazirkan. 

Bio Essence Rose Gold Water, Bio Essence, Rose Gold Water, Cara Guna, Essence Water, Rose Gold,


80 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Masuk masuk nampak jam dulu. Tak sempat baca tajuk sampai habis. Hehee

    BalasPadam
  2. hp IQ warna rose gold, hehehee! suka warna rose gold juga, tapi untuk gold water ni macam menarik jer.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eiza pula, kalau beli tudung pun...mesti tercari warna rose gold. Hahaha...

      Padam
  3. Agak-agak kalau umur 29 boleh pakai yang rose gold ni lagi tak? Hihihi. Thanks for the review btw. I plan to buy this.

    BalasPadam
  4. saya pon pakai ni sis, mula2 masuk watsons nak beli yg 24k gold water, tapi tkde. terpaksa ambik yg ni, tapi boleh tahan jugak Bagus yg ni. kulit saya nampak glowing je sis. mmg terbaiklah!

    BalasPadam
  5. semalam baru usha dekat Watson harga betul2 sale sementara sales grab terus hahahaha... btw bbau dia pun wangi..

    BalasPadam
  6. Tertarikk nak beli jugaa 😍 girls, nk tnya. Kalau pkai pelembap. Cth skang aku pkai moisturiser cetaphil. So if Nk pkai rose gold water lps tu apply cetaphil plak blh ke?

    BalasPadam
  7. Fatin Farhan. Ye. Betul dah tu. Pakai Rose Gold Water, biar kering seketika then apply moisturiser. Eiza cadangkan apply sikit dulu. Tengok samada mereka serasi bersama. 😉

    BalasPadam
  8. Klu umur dh 30, sesuai yg mn 1...tolong bg contoh gambar sekali ..

    BalasPadam
  9. Klu umur dh 30, sesuai yg mn 1...tolong bg contoh gambar sekali ..

    BalasPadam
  10. Untuk yang umur 30 keatas, botol yang warna kunin/gold. Tepi botol warna rose gold. Ada dalam gambar yang disertakan.

    BalasPadam
  11. Sy bru 26 tp tersalah beli yg utk 30 thun.. boleh ke sy pakai je atau tak boleh

    BalasPadam
  12. Dah tersalah beli pakai je. Melainkan awak nak giveaway pada rakan or sis. Hahaha. Tapi sapu sikit-sikit je. Hope ianya memberi kebaikkan pada wajah awak.

    BalasPadam
  13. Lps pakai rose gold ni blh tetus make up tk?? Ke...nk kne basuh dlu baru blh make up.please explain

    BalasPadam
  14. Lepas pakai rose gold, pakai pelembap. Kemudian baru mula rutin makeup. Tak perlu basuh muka ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai sis..klau da msalh kulit muka bermnyk n jerawat biji2 tu sesuai tak pkai??

      Padam
  15. Utk oily skin n open pori yg mn sesuai sis.plz recommend 4me

    BalasPadam
  16. Tanpa Nama, sorry for late reply. Saya guna Rose Gold Water yang warna pink. Sesuai untuk kulit oily dan open pores. Sebelum apply apa-apa skin care, pastikan wajah kita bersih. Baru senang produk nak serap ke kulit.
    Pencuci wajah - toner - rose gold/serum - pelembap
    Hope sesuai dengan kulit awak ye.

    BalasPadam
  17. Hai..nak tanya awk pkai toner n pencuci muka apa ya sblm guna rose gold water tu?tq in advance~

    BalasPadam
  18. Salam sis .. masih guna produk bio essence lagi ke ? Sy sampai skrg masih gunakan produk ni lagi .. mmg puas hati pakai tp bertambah puas hati sb dpt beli semua produk keluaran bio essence ni murah dr mana2 tempat sb suami sy bekerja kt manufacturing bio essence ni.. so dptlah harga staf yg sgt berbaloi.. hihi .. sy fhm yg kt luar sana ada yg mengidam nk guna tapi fhm2lah mmg mahal..jadi klu sesiapa nak dptkan harga kilang, pm lah sy .. boleh sy tolong . 017-3919614 - sekadar membantu, sharing is caring ..

    BalasPadam
  19. Hai Tessa, saya guna pencuci muka Nano White dan Toner dari Simple. Kedua produk ni serasi dengan wajah saya. 😊

    BalasPadam
  20. Mrs Faridatul. Wow...thanks for sharing. Girls.. boleh PM Faridatul untuk borong product Bio Essence. Tak sabar nak cuba Facial Mist terbaru. Cantik botol baru tu. Tunggu yang sedia ada ni habis dulu.

    BalasPadam
  21. Yaka...sy dah 35 thn p pakai rose gold..silaplah maknanya..

    BalasPadam
  22. Akak yg 45 tahun pun pakai rose gold gak....sebab x perasan yg botol kuning tu tuk kulit veteran akak ni...xpelah as long as suits ngan kulit akak...gasak..ha haha

    BalasPadam
  23. Sy pakai nano white..utk essence sy pakai bio rose gold water ni..ok ke? Stakat ni sy ok..risau plak ada yg kata x boleh campur 😥

    BalasPadam
  24. Nur Bayu dan akak. Boleh je pakai kalau dah tersalah beli. Eiza pun kes tersalah beli dan ok je. Lawa sangat warna rose gold tu kan. Rambang mata dibuatnya.

    BalasPadam
  25. Unknown 6/11. Boleh je campur produk sebab tak semua produk lengkap jenama A sesuai dengan kulit kita. Macam eiza, pencuci muka jenama A best je ngan kulit. Tapi toner tak sesuai. So terpaksa guna jenama B. Dan isu ini dah di jelaskan oleh Puan Mary di fb page beliau.

    BalasPadam
  26. Spray je ke Kat muka before make up pun boleh kan?

    BalasPadam
  27. Hai Nalisa, Rose Gold ni jenis essence. Sapu selepas toner. Dia bukan jenis spray.

    BalasPadam
  28. Sesuai tak untuk kulit mcm sy ni jenis oily, tp sometime area T-zone kering, mslh sunburn, and naik jerawat pasir bnyk sgt... Mohon pncerahan step by step skincare

    BalasPadam
  29. nak tanya awak pakai toner dengan moisturizer apa ye?

    BalasPadam
  30. Izzati Jalalol, terkini, eiza guna toner dan moisturizer jenama SIMPLE. Best juga toner dia sebab Hypoallergenic. Eiza perasan, parut jerawat hilang selepas 2 botol eiza gunakan toner SIMPLE. Nantilah nak share cite produk SIMPLE kat blog.

    BalasPadam
  31. Hai Cikisyaa. Eiza tak pasti ianya sesuai untuk kulit awak atau tak. Tapi eiza cadangan awak rawat sunburn terlebih dahulu.

    Kulit muka yang sedang mengalami sunburn tidak sesuai untuk memakai skincare yang membuatkan kulit muka menjadi semakin kering. Elakkan juga memakai krim yang terlalu melekit dan kesat, ia akan membuatkan kulit anda menjadi semakin pedih. Cari skincare yang lembut pada kulit muka serta memberikan kelembapan pada kulit agar kulit lebih cepat mengalami proses pemulihan.

    BalasPadam
  32. Saya pun pakai bio essence ni juga , memang best . Muka glowing je , parut cepat hilang .

    BalasPadam
  33. Balasan
    1. Hai Noor Sahira, umur 20 tahun nanti baru mula pakai essence mahupun serum. Sebab pada usia awak ni, pelembap dan spf sudah memadai.

      Padam
  34. Kalau cleanser bio essence ok tak? Saya umur 20 tapi tersalah beli . Saya beli gold water lak. 😓

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cleanser nama apa. Sebab Bio Essence ada banyak jenis. Yang pasti, beli ikut jenis kulit wajah. Terbeli Gold Water? Alamak...hope okay dengan awak. Sorry for late reply.

      Padam
  35. Guardian lg mrah dari Watsons bio asssence rose gold ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye dan sometime Watson ada buat PWP. Harga dalam RM15++. Eiza selalu borong PWP botol comel tu je. Hihihi...

      Padam
  36. Baru semalam beli bio essence rose gold nie...pakai dgn pencuci muka bio essence snail...harap2 ok laa dgn kulit muka..setakat pakai hari nie nampak pori2 mengecil...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waa...harap2 sesuai dengan awak lah. Hanya kita yang tahu jenis kulit kita kan.

      Padam
  37. Balasan
    1. Not sure. Tapi kalau awak nak cuba, beli bekas kecil. Harga offer boleh dapat dalam RM15++. Kalau x sesuai, taklah ralat sangat.

      Padam
  38. Produk apa yang sesuai untuk kulit sensitif dan sunburn. .Saya perasan bila guna pelembap atau serum. .Kulit saya jadi kusam. ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena rawat dulu masalah sunburn. Selagi masalah sunburn tak selesai, memang kulit akan nampak kusam.

      Padam
  39. Sy pun.guna kenapa menjadi gelap ...mgkin x sesuai dgn kulit say kot

    BalasPadam
    Balasan
    1. Essence ni pakai selepas toner. Kemudian sapu pelembap, sunblock.
      Cuci muka + toner + essence + pelembap + sunblock.

      Padam
  40. Kalau saya just pakai aloe vera then apply essence boleh ke tak eh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Not sure sebab sis tak pernah guna aloe vera. Essence ni kena pakai selepas sapu toner. Di ikuti dengan pelembap. Kalau aloe vera Sya Su tu sejenis pelembap, kena pakai essence dahulu.

      Padam
  41. Kalau hanya pakai pencuci muka+bio+krim ok x

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok juga. Tapi lebih baik pakai toner selepas cuci muka. Kemudian sapu bio essence. Lagi cepat dan sekata dia meresap.

      Padam
  42. kalau jenis muka berminyak dan kusam boleh pakai bio - 24k gold rose ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sorry Suriee, sis tak boleh pastikan ianya sesuai ke tak dengan kulit berminyak dan kusam sebab sis jenis kulit kombinasi. Tapi kalau Suriee nak cuba juga, beli yang botol kecil. Beli masa promosi. Boleh dapat dalam RM13 ke RM15. Sapu sedikit dahulu. Tengok sesuai ke tak. Kalau tak sesuai, stop pakai. Guna selepas pakai toner ya. Nanti share dengan sis ya.

      Padam
  43. Umur sis 40thn namun bila ramai ingatkan sis baru nak masuk 30thn kira range 29-30thn...meh sis share step sis jaga wajah sis
    1.pencuci
    2.scrub
    3.toner
    4.bio essence
    5.pelembap
    7 mlm sis ganti night cream

    Yg penting step kat atas mesti selalu ikut tak kira brand apa yg serasi ngan kulit.. Dan kena pakai mask seminggu sekali... Sis tak makan kologen.sebab risau kesan kepada hati dan buah pinggang.dan sis kurangkan pengambilan garam dan gula. . Senaman kena selalu buat.. Nak cantik. .Luar dlm dalam kena ada disiplin okay. .
    Hasilnya kita nampak muda.. Kulit sgt flawless tapi foundation dan bedak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Az...betul dah step tu. Tak kira apa brand yang kita guna. Sesetengah brand mungkin okay dengan orang tapi tak okay dengan kita. Hanya kita yang kenal kulit kita. Tahniah Az. Keep it up!

      Padam
  44. Blh x kalau kita guna pencuci muka n toner jenama lain...lepastu kita pakai serum bio essence

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh je awak.. Sis pun guna pencuci muka jenama lain, toner pun jenama lain.

      Padam
  45. Lps cuci muka bru pki ke bio essence ni, maaf ty

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas cuci muka, pakai toner dulu. Kemudian Bio Essence. Di ikuti dengan pelembap dan skincare seterusnya.

      Padam
  46. Memang berkesan pakai rose water ni. fine lines xde dah kat muka.rasa muda 10 tahun.ahahahahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah awak. Betul, fine lines tak berapa nak muncul sangat. Walaupun ianya makan masa, tapi berkesan.

      Padam
  47. Muka saya berjerawat dan byk scar.. bolehke pakai bio essence ni. mana yg sesuai untuk saya.. umur 30 an..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk umur 30an, sepatutnya pakai Gold Water. Yang botol kuning tu. Tapi sebaiknya Rizza rawat masalah jerawat terlebih dahulu. Pernah guna tak pencuci muka Cetaphil? Beli yang khas untuk kulit oily. Bila jerawat dah kurang, baru Rizza cuba Bio essence. All the best Rizza.

      Padam
  48. Eirna pun macam sis jgk. Terjebak masa beli barang kt Watsons. Masa tu PWP jgk. Tertarik nak cuba. Alhamdulilah, berkesan utk kulit Eirna yg ada masalah pori besar di pipi ni. Ramai org tegur kulit nampak lain. Hahhahaha..Mmg sesuai sgt dgn kulit Eirna yg sensitif ni.

    BalasPadam
  49. kalau dah guna bioessence x perlu guna serum ke..atau bole guna dua2.

    BalasPadam
  50. dah guna bioessence.perlu ke guna serum atau x perlu ya...

    BalasPadam
  51. Tak pernah try. Untuk yg dh 40s sesuai ke? Memang tau produk brand Bio Essence ni bagus. :)

    BalasPadam
  52. bagus gak ni. kiranya kita tak perlu pakai serum pun tak pe kan

    BalasPadam
  53. Tak pernah try, maybe can try later..mcm best jeee

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama