My Instagram

Pengalaman di Klinik Gigi.



Jumaat baru ni, aku bawa anak ke Klinik Pergigian Bayan Lepas, Penang. Kami sampai dalam jam 9:45 pagi. Masuk saja ke klinik, aku kira ada dalam 8 orang sedang duduk di ruang menunggu. Di sebabkan aku dah tak ingat di mana aku simpan kad anak-anak aku, aku dah tekad guna mykid mereka untuk tujuan pendaftaran. Mungkin ketika proses angkat barang ketika banjir baru ni, aku dah tersalah letak.

Dan alhamdulillah, selain guna kad klinik gigi yang warna pink tu, korang boleh juga guna mykid dan kad pengenalan. Sambil tunggu urusan pendaftaran selesai, sempat juga aku bual kosong dengan jururawat bertugas.

Kata jururawat, rawatan pergigian untuk kanak-kanak sekarang ni dah ada dari hari isnin hingga jumaat. Tak seperti sebelum ni, hanya pada hari jumaat. Di sarankan untuk datang pada hari isnin hingga khamis sebab empat hari tersebut tak terlalu ramai yang datang untuk dapatkan rawatan. Doktor gigi juga dah ramai. Sebelum ni hanya jururawat yang bertugas di klinik. 

Diyana nak cuci gigi dan Adam pula perlu cabut gigi. Diyana terpaksa tunggu sebab ada empat orang masih menunggu giliran untuk cuci gigi. Menurut jururawat, hanya ada satu mesin yang berfungi. Yang lain rosak. 

Tiba giliran Adam, aku ikut masuk sekali untuk cool down kan dia. Rasanya gusi Adam perlu di bius guna kaedah injection sebab gigi dia tak goyang. Jika gigi dah goyang, mungkin boleh guna kaedah bius paste macam ubat gigi. Just sapu pada gusi. Dan less sakit. 

Dan betul seperti yang aku dah agak. Adam kena guna bius injection. Jururawat pesan, tahan sikit sakit. Hero kan. Gigi tu Kalau tak buang akan ganggu gigi yang dah keluar. Adam keraskan badan dan genggam tangan sebab nak tahan sakit. Akibatnya, ubat bius tak boleh masuk. Aku suruh Adam jangan keras kan badan, jururawat suruh Adam jangan genggam tangan. Relakskan badan. Dan akhirnya berjaya juga gigi dikeluarkan. Fuhhh...

RM1 bayar semasa pendaftaran dan RM3 selepas rawatan. RM1 untuk cabut gigi dan RM2 untuk cuci gigi. Murahkan. 


Di atas ada aku sertakan jadual Rawatan Klinik Pergigian Bayan Lepas. Mungkin berguna untuk korang tentukan masa yang sesuai untuk dapatkan rawatan kelak. Terima kasih sebab singgah dan baca entri aku kali ni. See uols later. 


1 ulasan

Lynda Che Lah berkata...

Lama sgt tak ke klinik gigi kak Eiza..