Jangan lakukan tiga perkara ini ketika hadir ke majlis kenduri.



Cuti sekolah dan kenduri bagaikan isi dengan kuku. Asal nak buat kenduri, mesti kita rujuk kalendar tengok bila musim cuti sekolah. Aku dulu nak kahwin pun cari waktu cuti sekolah. Heeee...

Bukan apa, waktu cuti sekolah ni kan lama. Sanak saudara yang tinggal jauh dapat rancang percutian untuk hadir ke majlis. Hukum hadir ke jemputan kenduri ni wajib selagi ianya tak bercanggah dari hukum. Yang bestnya, bila dah jumpa sanak saudara dan rakan taulan, hubungan silaturahim semakin erat serta dapat menambah kemesraan, memupuk kerjasama dan bantu membantu selain mengukuhkan perpaduan dalam kalangan umat Islam. 

Perkongsian gambar dari arkib Google

Tapi. Ada tapinya. Yang tapi ini adalah untuk cantikkan adab ketika berada dalam majlis kenduri. Pertama, jangan potong barisan walaupun yang berbaris depan kau seorang kanak-kanak. Sebab ada emak dan ayah yang sedang memerhati dari jauh. Nak nak pula mereka rakam aksi kau potong barisan dan viralkan. Sekarangkan zaman viral. Mau terkenal kau kena kecam.

Kedua, ambil makanan janganlah membukit. Nasi sebukit dengan lauk pauk. Kuih muih sepiring membukit. Cendol 3 mangkuk. Laksa 2 mangkuk. Jika kau yakin dapat habiskan, go ahead. Bukan apa, untuk elakkan akhirnya makanan yang menimbun tadi ke tong sampah tempatnya. 

Ketiga, jangan halang kenderaan lain dan laluan keluar masuk ketika nak parking kenderaan. Sebelum parking, fikir dua perkara ini terlebih dahulu. Jika ada DJ bertugas ketika kenduri, mau famous nombor plate kereta kena umum minta ubah kenderaan. 

Cukuplah tiga perkara yang mungkin perlu di amalkan ketika kita hadir ke majlis kenduri. Semoga ada pahala dan rahmat dari Allah untuk semua. InsyaAllah.

Perkongsian gambar dari arkib Google.

3 ulasan:

  1. Selalu amik makanan sikit jeaa. sebab kejap lagi nak tambah makan side dish pulak. Hahaaa

    BalasPadam
  2. baru semalam pergi kenduri, ada kereta blok kereta kawan, haaa..mmg kne panggil pakai DJ jawabnya.. kereta besar, parking banyak tak nak masuk plak

    BalasPadam
  3. Part ktiga tu sellu kena..y geram nya bila DJ umum flat tuan kereta blh plak buat2 xtau siap blh habiskn makanan dlu baru nk alihkn kedraan...

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!