Pengembala, azan dan solat fardu.



PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Pengembala, Azan dan Solat Fardu

عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ يَعْجَبُ رَبُّكُمْ مِنْ رَاعِي غَنَمٍ فِي رَأْسِ شَظِيَّةٍ بِجَبَلٍ يُؤَذِّنُ بِالصَّلَاةِ وَيُصَلِّي فَيَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ انْظُرُوا إِلَى عَبْدِي هَذَا يُؤَذِّنُ وَيُقِيمُ الصَّلَاةَ يَخَافُ مِنِّي قَدْ غَفَرْتُ لِعَبْدِي وَأَدْخَلْتُهُ الْجَنَّةَ

Dari 'Uqbah bin 'Amir dia berkata; saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tuhanmu kagum terhadap seorang pengembala kambing di satu tempat di lereng gunung. Ia mengumandangkan azan kemudian menunaikan solat.  Allah Azza wa Jalla berfirman; (wahai para malaikat Ku) perhatikanlah hamba-Ku ini, dia mengumandangkan azan lalu menunaikan solat kerana takut kepada-Ku, Aku mengampuni dosa hamba-Ku ini dan memasukkannya ke dalam syurga." (HR Abu Daud No: 1017) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Apa juga pekerjaan kita mahupun status seseorang Muslim, apabila masuk waktu perlu bersegera menunaikan solat fardu.

2.  Apabila masuk waktu solat fardu, disyariatkan agar azan dilaungkan sebelum solat dilaksanakan walaupun bukan di masjid. 

3.  Allah mengkagumi seorang pengembala yang terpaksa mengawasi binatang ternakan di kawasan lereng bukit, apabila masuk waktu solat, dia bersungguh melaksanakan kewajipan kerana Allah dengan melaungkan azan dan menunaikan solat fardu.

4.  Allah mengampuni dosa pengembala ini akibat dari kesungguhannya menjaga perintah Allah dan Allah menempatkannya ke dalam syurga.

Marilah kita mencontohi "pengembala" ini, walaupun kerja tidak menentu waktu dan tempat, namun kesungguhan  melaksanakan perintah Allah sentiasa dijaga. Mengumandangkan azan dan melaksanakan solat.

11hb Ogos  2017
18hb Zulkaedah 1438H


Ulasan