Dimaafkan jika tersalah, terlupa dan dipaksa.



1 Hari 1 Hadis:
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Dimaafkan Jika Tersalah, Terlupa dan Dipaksa

عَنْ أَبِي ذَرٍّ الْغِفَارِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ عَنْ أُمَّتِي الْخَطَأَ وَالنِّسْيَانَ وَمَا اسْتُكْرِهُوا عَلَيْهِ

Dari Abu Dzar Al Ghifari ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah memaafkan dari umatku sesuatu yang dilakukan kerana tersalah, terlupa dan sesuatu yang dipaksakan kepadanya." (HR Ibn Majah No: 2033) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap yang dilakukan oleh seorang Muslim yang mukalaf akan dicatat sebagai amal sama ada mendapat ganjaran pahala atau dosa.

2.  Walau bagaimanapun, seorang Muslim dimaafkan Allah jika dia melakukan sesuatu dalam tiga keadaan:

a.  Melakukan sesuatu larangan atau meninggalkan sesuatu perintah dengan tidak sengaja

b.  Melakukan sesuatu larangan atau meninggalkan sesuatu kewajipan  dengan sebab terlupa

c.  Melakukan sesuatu yang dipaksakan ke atasnya
Allah Ta’ala berfirman:

 ولَيْس عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ فِيمَا أَخْطَأْتُمْ بِهِ وَلَكِنْ مَا تَعَمَّدَتْ قُلُوبُكُمْ

“Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu khilaf padanya, tetapi (yang ada dosanya) apa yang disengaja oleh hatimu.”(QS. Al Ahzab: 5)

27hb Julai  2017
03hb Zulkaedah 1438H


Ulasan

shazillahsani.com berkata…
perkongsian yang amat bermakna.

Self-Rewards

NetKL Network

Catatan popular daripada blog ini

CERPEN : NAFAS CINTA INSYIRAH

D'FOLIA MENJADIKAN WANITA LEBIH BERSERI DARI DALAM

AYAH GAY MALAS BEKERJA

DATO' HARON DIN, PUSAT RAWATAN DARUSSYIFA'