My Instagram

Selfie!


Selfie!

Siapa tak suka berselfie? Aku pun suka! Malah setiap seorang rakan yang aku jumpa, konfem aku ajak berselfie. Sekadar membidikkan kenangan antara kami. Dan semuanya tersimpan kemas di dalam folder peribadi aku.

Pendapat aku, nak berselfie tak salah. Guna akal dan jangan sampai memalukan dan menjatuhkan maruah diri sendiri dan maruah orang lain. Jangan salahkan Selfie. Salahkan diri sendiri yang tak pandai guna akal ketika nak berselfie.

Gila! Itu perkataan pertama yang terkeluar daripada mulut aku sebaik terlihat gambar selfie seorang doktor di dewan bersalin! Orang tu tengah bersabung nyawa melalui proses bersalin. Boleh pula kau berselfie bagai sampai tersnap aurat hamba Allah tu. Kerana seorang dua doktor yang bersikap 'tak ada akal', habis doktor yang baik budi pekerti terpalit.  

So, nak salahkan selfie ke? Atau orang yang berselfie?



Pantang jumpa green apple, konfem aku selfie. 




2 ulasan:

  1. haihhh buat apapun kena pikir dulu kan,btw comel kak ni hehehhee

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!