Panas ekstrem!


Memang panas terik sejak kebelakangan ni. Jika tidak ada urusan kerja antara jam satu tengahari hingga tiga petang, konfem aku lebih suka duduk dalam rumah sambil up date blog. Buat stok entri untuk sebulan. Eh!

Sepanjang musim panas ekstrem ni, aku perasan aku minum air lebih banyak dari biasa. Air suam, air tak suam, air tebu, air kelapa, air barli ais, semua aku bedal. Sepanjang dua jam aku berada diluar rumah, pantang nampak orang jual air tepi jalan, konfem aku berhenti beli. Sampai akak yang jual air pun dah kenal muka aku.

Korang jaga kesihatan ye. Minum banyak air. Mandi kerap dan jika tiada kepentingan, kurang kan aktiviti di luar rumah. Semoga kita tabah dan tenang menghadapi apa jua ujian.


Panas ekstrem melanda negara, boleh bawa maut
22 Februari 2015 1:35 AM


KUALA LUMPUR 21 Feb. – Musim panas ekstrem yang dijangka melanda negara minggu depan boleh memberi tekanan fizikal kepada tubuh badan dan kesihatan manusia termasuk menyebabkan kematian seperti strok haba.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai harus mengambil langkah berjaga-jaga kerana cuaca kering dan berpanjangan bukan sahaja memberi kesan kepada ekosistem dan kawasan pertanian, tetapi membahayakan kesihatan.

“Perubahan iklim ini akan menjejaskan sumber bekalan air yang selamat lalu meningkatkan kes-kes bawaan air dan makanan serta cirit-birit. Penyakit berkaitan sistem pernafasan dan kardiovaskular juga meningkat.

“Kes penyakit denggi pula akan meningkat kerana masyarakat menyimpan air di dalam bekas simpanan yang tidak ditutup malah cuaca panas juga merangsang pembiakan nyamuk dan replikasi virus dalam nyamuk,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan tentang negara ini dijangka bakal berdepan cuaca panas melampau bermula minggu depan sehingga awal April ini berikutan fenomena Ekuinoks yang menyebabkan matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa.

Tambah Dr. Noor Hisham, semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas tetapi terdapat kumpulan yang lebih cenderung terkesan akibat perubahan iklim tersebut.

“Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain lebih berisiko kerana mereka terdedah kepada cuaca panas.

“Orang dewasa berusia 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding mereka yang lebih muda. Kanak-kanak berusia lima tahun, penghidap penyakit sistem pernafasan, darah tinggi, jantung, kencing manis dan kelenjar tiroid juga antara kumpulan yang berisiko tinggi,” katanya.

Sementara itu, pakar kesihatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Dr. Jegan Thanabalan berkata, cuaca panas melampau juga boleh menyebabkan strok haba yang boleh membawa maut khususnya kepada kanak-kanak dan orang tua.

“Masalah kekurangan air dalam badan adalah yang paling bahaya semasa cuaca kering dan panas kerana perubahan kandungan garam galian dalam badan boleh menyebabkan strok haba berlaku.

“Minum banyak air suam, air isotonik dan hadkan aktiviti luar yang terdedah kepada cuaca panas terik,” katanyah me


1 ulasan:

  1. mmg terasa bahang matahari sejak kebelakangan ni..kna kerap minum air & kurangkan aktiviti luar..
    mudah2an musim panas ni xberpanjangan..amiin

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!