My Instagram

Patung...


Mempersembahkan certot pertama aku untuk 2015. Hope korang suka.


PATUNG
KARYA Eiza GreenAppleKu




Aku adalah antara ribuan isteri yang terpilih untuk kecapi bahagia ini. Bahagia kerana memiliki seorang suami yang setia lagi ikhlas menyayangi. Sayang tanpa setia, kosong jiwa. Dan setia tanpa rasa sayang, satu kerugian. 


Eryna kembang tengkuk membaca status facebook terkini Mariah. Apatah lagi melihat puluhan gambar ‘bahagia’ Mariah bersama suami terbaik. Bukan dirinya cemburu. Tetapi…

Deringan telefon mematikan pelbagai rasa yang sedang menerjah akal. Dialah pembantu peribadi, dialah tukang angkat panggilan telefon.

“My dear Eryna, info my dear hubby, duit dah transfer. Dia off hp. Meeting kan.” mesra permintaan Mariah, best friends forever.

“No problem dear.”

Alunan langkah kaki Eryna berentak kasar, menghala ke bilik Masteri. Pintu bilik terus dibuka tanpa sebarang ketukan hormat.

“Encik Masteri, isteri encik dah transfer cash ke akaun.”

Pintu bilik ditutup kasar. Dia melangkah semula ke tempat dia bekerja. Sambung buat kerja yang terhenti tadi.

“Eryna, if my wife call, kata saya masih meeting. Saya keluar lunch.”

“Sayang, I nak note baru. You dah promise semalam kan.”

Entah bila masa mereka dah terpacak di hadapannya. Berbulu mata Eryna melihat maksiat. Aku ni? Patung? Sampai bila? Eryna buka emailnya. Semua bukti yang telah lama tersimpan dalam folder terus di emailkan kepada Mariah.

Aku bukan patung!



2 ulasan:

  1. Jeng jeng jeng
    sambung kak.
    Macam best pulak cerita skandal2 macam ni. Kihkih

    -kbba-

    BalasPadam
  2. Farhana, InsyaAllah. Jemput baca Single Forever Alone di http://ilham.karangkraf.com/mobile/karya-detail.aspx?idk=3903&idc=21384

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!