My Instagram

Program Tahfiz 2014 Sempena Cuti Sekolah



Sekejap sahaja, hampir dua minggu cuti sekolah telah bermula. Zaman aku dulu, waktu cuti sekolah lah yang aku tunggu-tunggu. Rasa teruja tu sama level seperti rasa nak sambut Hari Raya. Tinggal di asrama, kehidupan aku sentiasa kena 'on time'. Stress aku! Heeee...

Sebagai seorang penghuni di asrama, musim cuti nilah dapat aku bermalas-malasan di rumah. Tak perlu terkejar masa untuk makan, masa untuk tidur dan masa untuk mandi! Menu masakan di rumah pasti best-best!

Berbalik kepada tajuk artikel di atas, tahun ni aku hantar dua anak remaja aku untuk menyertai Program Tahfiz. Syarat kemasukkan, boleh mengaji AlQuran. Makanan dan minuman disediakan dan yuran pendaftaran kurang dari RM150.

Ini merupakan kali pertama anak remaja aku join program tersebut. Bersemangat mereka setiap pagi untuk pergi ke masjid. Kelas bermula jam 8 pagi dan berakhir pada jam 12:30 tengahari. Pada hari Isnin hingga Jumaat bermula pada 1 hingga 26'Disember.Dapatlah juga mereka berkenalan dengan rakan baru dari pelbagai sekolah.

Harapan aku bukan lah setelah tamat program nak mereka jadi Tahfiz. Tidak. Tetapi cukuplah sekadar tips dan pengalaman yang mereka rasakan sepanjang cuti sekolah ni. 






Tiada ulasan