Dah lama aku nampak air tu. Kepekatan rasa coklat HERSHEY’S, bagi yang pernah merasa, korang tahulah bagaimana sedap rasanya kan.

Semalam, aku beli sekotak perisa coklat. Sebenarnya anak aku yang minta. Dan sebagai mama yang prihatin, aku belilah.

Masuk sahaja waktu berbuka puasa, dengan lafaz bismillah, segelas aku kerjakan minuman tu. Dan rasanya, tidak menepati piawaian yang aku harapkan. Piawaian aku tau. Lain orang, lain pula piawaian dia.

Oh ya. Aku kongsi gambar dari blogger terkenal, Ben Ashaari. Dah masuk dalam tong sampah, baru aku teringat yang aku belum sempat selfie dengan SoyFresh HERSHEY’S.

Kepada yang kurang gemar rasa coklat, mungkin ini pilihan yang boleh korang cuba.


Posted via Blogaway

Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama