Rempeyek Bilis Kacang in the house - Eiza GreenAppleKu

Rempeyek Bilis Kacang in the house


Korang suka tak makan rempeyek? Nak nak pula kena yang rangup, tak hapak, tak tebal sangat, tak pedas sangat dan sedap. Konfem, sekelip mata dah settle dikerjakan. Hahaha...

Itulah kisah misteri yang terjadi pada aku sehari sebelum puasa pada tahun ni. Aku terkejut melihat balang rempeyek yang asalnya penuh, tak sampai setengah jam, berbaki setengah balang. Ke manakah rempeyek menghilang.

Pertama kali aku cuba rempeyek ni, aku kasi lima bintang. Menepati citarasa aku. Saiz rempeyek ni 'bite saiz'. Tak tebal dan tak nipis sangat. Kalau terbeli yang tebal, potong nikmat nak mengunyah dan aku cepat bosan. Boleh rosak gigi geraham aku. Kacang goreng dan bilis, di goreng rangup. Tahap kepedasan aku kasi satu bintang. Sesuailah kalau budak-budak nak makan.

Kepada yang berminat hendak membeli dan merasa, korang boleh PM facebook TG MIMI NORLITA. (Klik pada nama untuk terus ke link bos rempeyek bilis) Bolehlah korang jadikan salah satu hidangan di hari raya nanti. Harga? RM 18.00 untuk 100pcs. 



1 ulasan

Hans berkata...

ini waktu bukan time raya pun makan
hehehehe
sedap2

GreenAppleKu.com. Dikuasakan oleh Blogger.