My Instagram

Manusia pertama yang menemukan minyak wangi.




Beliau adalah Ibnu Jabir Ibnu Hayyan, seorang tokoh islam yang terkenal. Wah, kagumnya! Beliau berjaya menghasilkan minyak wangi daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan.

Dah lama aku guna minyak wangi tanpa alkohol ni. Ada pelbagai jenama. Pilih sahaja mana satu yang berkenan dengan deria bau anda. Pakai sedikit sahaja. Jangan sampai sesak nafas orang lain dek kerana pakai minyak wangi dah serupa mandi minyak wangi. Aku pernah selisih bahu dengan kes seperti itu. Wangi memang wangi tetapi sesak nafas jika terlampau-lampau.

Patutlah agama Islam larang wanita memakai minyak wangi secara berlebihan. Bukan sahaja menarik perhatian, malah boleh buat orang pitam.

Terima kasih korang sebab sudi baca maha karya aku. Kehkehkeh...
Ceria ceriakan hidup korang walau dalam hati, taufan sedang mengganas.


4 ulasan

PetakBunga berkata...

katanya alkohol minyak wangi halal..

sarah berkata...

betul tu..bau yang kuat mula2 hidu ok. kalau lama2 mau pengsan oo..tak tahan bau..tambah2 bau yang kuat tu..

GreenAppleKu.com berkata...

PetakBunga, erk..saya bukan ustazah tetapi kita rujuk alQuran jelah dalam bab yang buat kepala kita bluurr ni. Settle the problem kan. Perghhh...tenangnya minda. hihihi..

GreenAppleKu.com berkata...

Sarah, pitam...nak pula bau yang menyegit hidung..rasa tak sesuai langsung bila depa pakai waktu tengahari rembang. meremang hidung kita kan.