Doa untuk solat sunat taubat - Eiza GreenAppleKu

Doa untuk solat sunat taubat


Yang membangunkan kita untuk tahajud ialah iman. Salah satu jemputan Allah untuk kita bangun menunaikan solat tahajud adalah dengan cara ketika kita terjaga di tengah malam ingin ke tandas ataupun anak kita mengejutkan kita kerana dia ingin ke tandas. 

Setelah selesai segala hajat, ambil wudhu dan solat sunat taubat dua rakaat. Solat sunat boleh dilakukan dalam keadaan duduk kerana ia adalah solat sunat.

Doa ini boleh di bacakan ketika solat sunat taubat. 

“Laa illaaha illa anta subhaanaka innii kuntu minazhzhoolimiin”

Tiada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim

Penjelasan

Doa tersebut hendaknya diamalkan selalu dalam setiap kesempatan ibadah, agar kita terlindung dari kesulitan yang kita tidak sanggup memikulnya.

Hikmahnya terdapat dari kisah Nabi Yunus ketika beliau pergi dalam keadaan marah disebabkan umatnya yang tidak mendengar dakwahnya. Nabi Yunus dipertemukan Allah dengan kesengsaraan di laut dan ditelan ikan besar. Dalam perut ikan tersebutlah Nabi Yunus berasa menyesal dan berdoa kepada Allah. Doanya dimakbulkan Allah dan dia diselamatkan Allah, ikan besar itu terdampar di pantai.


Tiada ulasan

GreenAppleKu.com. Dikuasakan oleh Blogger.