Tujuh Perkara Yang Membawa Kemuliaan


Sesiapa yang memelihara tujuh perkara, dia akan menjadi orang yang mulia di sisi Allah dan di hadapan malaikat dengan perkara berikut :

  • Diampunkan dosa meskipun sebanyak buih di lautan.
  • Merasakan nikmat ketika melakukan ketaatan.
  • Hidup dan mati dalam kebaikan.

Tujuh perkara tersebut ialah..

1. Membaca bismillah setiap kali melakukan sesuatu perkara.

2. Mengucapkan alhamdulillah setiap kali selesai melakukan sesuatu.

3. Beristighfar apabila melakukan setiap perkara yang tidak bermanfaat.

4. Melafazkan insya-Allah apabila berjanji tentang sesuatu hal.

5. Membaca hawqalah (la hawla wa la quwwata illa billah) setiap kali mendapat sesuatu yang tidak disukai.

6. Mengucapkan inna lillah (inna lillah wa inna ilaih raji'un) pada setiap musibah.

7. Melafazkan syahadah (la ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah) pada waktu siang dan malam.


SOLUSI Isu 53

1 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!