Amalan penjagaan ibu-ibu selepas bersalin amat diperlukan dalam memastikan keadaan kesihatan ibu kembali mantap selepas melahirkan anak.

Selalu kita mendengar amalan penjagaan ibu selepas bersalin perlu mengamalkan 'sistem' berpantang terutamanya dalam jangka masa 44 hari.

Namun menurut pemilik D Hazz Beauty and Health Salon yang terletak di Desa Tasik, Kuala Lumpur, Hasnah Lazim, biarpun jangkamasa tempoh berpantang yang 'diwajibkan' adalah 44 hari tetapi sebaik-baiknya dilanjutkan sehingga ke 100 hari.

Kata Hasnah, penjagaan ini adalah perlu untuk mengurangkan gangguan angin dalam badan, menjadikan tubuh si ibu tadi benar-benar sihat dan bertenaga serta stabil dari segi emosi.

''Cubalah penjagaan bersalin sehingga 100 hari untuk menjadikan ibu-ibu itu benar-benar sihat dan kembali hebat sebagaimana baru berkahwin dahulu," katanya.

Namun katanya, selepas 44 hari amalan berpantang, hari ke 45 sehingga 100 tidaklah terlalu rigid, terdapat kelonggarannya.

Dalam tempoh ini ibu-ibu dinasihatkan mencari tukang urut tradisional Melayu yang benar-benar pakar untuk mengurut tubuh si ibu bagi membuang angin dalam badan, urutan kepala, bahu, payu dara, rahim dan lain-lain lagi.

Seelok-eloknya gunakan juga pilis dan param di bahagian dahi, tapel wangi di bahagian perut untuk mengelak sakit kepala dan gila meroyan sekiranya terdapat masa, sebagai contoh pada waktu malam sekiranya ibu-ibu telah mula bekerja.

''Biarpun setelah habis berpantang 44 hari, namun ibu-ibu dinasihatkan agar memakai bengkong (kecuali yang menjalani pembedahan) dan bertangas menggunakan herba seperti serai wangi, kunyit dan lada hitam. Bertangas diperlukan untuk mengetatkan peranakan dan menghilangkan bau badan.

''Selepas tiga hingga empat minggu bersalin, ibu-ibu perlu berlulur seluruh badan serta dimandikan herba," jelasnya.

Kata Hasnah, seelok-eloknya selepas bersalin untuk 'bersama' semula dengan suami digalakkan selepas 50 hari sehingga ke 100 hari untuk memastikan kesihatan ibu benar-benar sihat dan mengembalikan semangat baru.

''Mungkin suami kata lama sangat, namun ini adalah perancangan yang perlu untuk memastikan isteri anda pulih seperti sedia kala.

''Dalam tempoh 100 hari itu juga, ibu-ibu elakkan daripada memakan makanan yang sejuk seperti sayur-sayuran sejuk kangkung, bayam dan sebagainya. Banyakkan makan jamu dan herba-herba panas, elakkan minum air batu dan mandi air sejuk.

'' Seelok-eloknya mandi air suam dan sentiasa memakai stokin untuk mengelakkan sejuk naik melalui kaki terutamanya ketika dalam penghawa dingin ketika berada di tempat kerja mahupun di rumah.

''Ketika ini bukan semua ulam-ulaman sesuai dimakan kerana dikhuatiri sayur ini sejuk. Antara ulaman yang boleh dimakan ialah pegaga, lempoyang dan halia bara," beritahunya.

Dia juga meminta agar ibu-ibu melakukan senaman kegel selepas 50 hari bersalin dan amalkan manjakani untuk mengetatkan kembali vagina.

Hasnah yang merupakan pakar urutan tradisional Melayu juga memberitahu mempunyai 'tongkat ajaib' bagi ibu-ibu yang mahu tampil hebat selepas bersalin seperti zaman anak dara.

''Tongkat ini berkesan, cuma perlu direndam dan kemudian dimasukkan ke dalam vagina untuk mengetatkan vagina," katanya.

Beliau turut mengalu-alukan sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajari urutan secara tradisional anjuran spa miliknya dengan menghubunginya di talian 012-2626037.



GreenAppleKu : Istimewa untuk wanita yang ingin mengetahui apa yang boleh dan apa yang tidak boleh di makan, di buat ketika berpantang. Samada hendak berpantang 44 hari atau 100 hari dan apa kelebihannya.




1 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama