My Instagram

TINGGALKAN SEGALA YANG BERNAMA HARAM..



Tinggalkan segala yang bernama HARAM sama ada yang HARAM PADA ZATNYA atau HARAM PADA CARA MENDAPATKANNYA. 

Memang ramai orang yang merasa alergi dan jijik dengan sosej usus babi, tetapi tidak ramai orang yang merasa alergi dan jijik dengan nasi lemak yang dibeli dengan duit haram yang diperoleh dengan cara menipu, curi, ragut, rompak, judi, pecah amanah, rasuah, memakan harta anak yatim, memakan harta wakaf dan sebagainya.

Padahal kedua-duanya adalah makanan yang haram. Adakah kita masih membeza-bezakan yang haram sedangkan semua perkara yang haram adalah kawasan larangan Allah SWT. Jika kita masih meneruskan perangai dan sikap tersebut, maka kitalah yang akan karam dalam lautan dosa.







Tiada ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!