Susahnya dapat dosa, MUDAHNYA dapat pahala. - Eiza GreenAppleKu

Susahnya dapat dosa, MUDAHNYA dapat pahala.





Ada orang berkata untuk melakukan sesuatu yang dijanjikan ganjaran PAHALA adalah sukar berbanding untuk berbuat dosa... pada hal adalah sebaliknya. Namun, walaupun susah dan payah untuk dilakukan yang jelas berdosa itulah yang kita lakukan.

SUSAHNYA DAPAT DOSA.. 
Terkinja-kinja menari dalam kelab malam yang sesak dan berasab lagi memenatkan. 
MUDAHNYA DAPAT PAHALA.. 
Bila masuk waktu terus mendirikan solat tanpa memenatkan tenaga. 

SUSAHNYA DAPAT DOSA.. 
Pecah rumah sana, pecah rumah sini di tengah malam buta untuk mencuri. 
MUDAHNYA DAPAT PAHALA.. 
Cukup hanya menghulurkan sedekah beberapa sen kepada pengemis pun dah besar ganjarannya. 

SUSAHNYA DAPAT DOSA.. 
Bersusah payah dan berpanas di tangga rumah jiran kerana hendak mengumpat. 
MUDAHNYA DAPAT PAHALA.. 
Cukup sekadar bertasbih di dalam hati pun sudah banyak kebaikkan yang di perolehi. 

SUSAHNYA DAPAT DOSA.. 
Duduk menunggu dan keluar duit untuk membuat fesyen rambut yang bukan-bukan. 
MUDAHNYA DAPAT PAHALA.. 
Memadai dengan memakai tudung maka terselamat dari dosa mendedah aurat. 



Tanpa Allah sebagai TUJUAN, kita akan terus tersasar mencari jalan!

2 ulasan

Denaihati berkata...

askm. terima kasih pengkongsian dan peringatkan sangat berguna.

GreenAppleKu.com berkata...

Denaihati ~ Salam, TQ kerana sudi singgah dan komen di blog picisan ini. :)

GreenAppleKu.com. Dikuasakan oleh Blogger.