Jumaat, 6 April 2012

"Bolehkah bersahabat SETIA dengan suami ataupun isteri orang, asalkan menjaga batas-batasnya. ? "



Zack : Siapa Aiman ni? Lain macam jer 'sms'nya? 

Riak wajah Zack mencuka. Tekun Zack menekan sms demi sms. Lisa menelan air liur apabila melihat 'blackberry'nya berada di tangan Zack. Ditambah dengan soalan dari Zack, benar-benar menambah degupan jantung Lisa.

Lisa : Best friends Lisa masa sekolah dulu. Lisa....

Zack : Bila reunion ni. Kenapa tak bagitau abang? Sebelum ni tak macam ni pun. Aiman ni bekas kekasih awak ker? Lain macam jer ayat-ayat 'sms'nya. Sebab tu terpaksa awak merahsiakan reunion kali ni? 

Belum sempat Lisa menjawap, soalan demi soalan terus di lemparkan oleh Zack padanya, menzahirkan sikap tidak puas hati Zack dengan apa yang baru di ketahuinya.

Lisa : Kami berhubung atas dasar persahabatan. Tidak lebih dari tu.

Zack : Sahabat? Jika awak bukan isteri saya, it's ok dan saya pun tidak akan ambil tahu dan malas hendak ambil tahu. Awak sedar ker tak yang awak ni isteri orang? Zack tahu tak yang awak isteri orang?

Lisa : Erk...

Zack : Bila kereta awak rosak? Kenapa tidak beritahu abang? Kenapa mesti beritahu Aiman? Sengaja cari alasan untuk berjumpa ker? Lisa!! Saya suami awak!! Dan suami awak ni bukan jantan dayus yang membenarkan si isteri berkongsi masalah dengan lelaki lain!!

Kali ini Lisa rasa betul-betul nak pitam.


Bersama mencari solusi kepada persoalan ini. 

"Bolehkah bersahabat SETIA dengan suami ataupun isteri orang, asalkan menjaga batas-batasnya. ? "


1 ulasan:

hana berkata...

erk...
rasanye x bole..
kalau takat kawan biasa tu boleh tahan la..
tp sampai nk cite sume kt kawan baik tu macam x patut sebab dah de suami/isteri yg lebih berhak mengetahui..
walau macam ne pn jangan ada rahsia..
biarlah pasangan tu tahu dengan siapa kite berkawan..
=D

IBUNDA'S DELIGHT

REWARD YOURSELF..