SKEMA MASA TENGAH MABUK BERCINTA.

Blue Boy : Awak... ini khas untuk awak. 

Blue Boy menghulurkan hadiah kepada Pink Lady. Kegembiraan jelas terpancar di wajah Pink Lady. Berseri-seri bak seri pengantin wajah Pink Lady. Siapa yang tidak gembira dapat hadiah kan.

Pink Lady : Apa ni. (Sambil tangan ligat mengoyak kertas pembalut hadiah). 
Awak.. cantiknya jam tangan ni. Warna pink kegemaran i. Tapi hari ni bukan hari jadi i. Hadiah ni untuk apa ye?

Blue Boy : Sempena kenaikkan pangkat saya. Awak adalah sumber inspirasi untuk saya lebih bersemangat menjalankan tugasan saya di pejabat. Dan akhirnya, segala usaha saya, ketekunan saya membuahkan hasil.


Selepas 2 bulan..

Blue Boy : Buka jam tangan awak tu.

Serius wajah Blue Boy memberikan arahan. Terpinga-pinga Pink Lady sambil memerhatikan Blue Boy.

Pink Lady : Tapi kenapa? Ini kan hadiah dari awak kepada saya. Dan jadi milik saya. 

Blue Boy : Saya nak buat hantaran untuk awaklah. Buget lari. 

Pink Lady : Apalah awak ni. Mana boleh buat macam ni. Lagipun mak ayah saya dah tahu tentang jam tangan ni. Nanti apa kata mereka? Hisshh... 

Sambil tarik muka baget merajuk pada Blue Boy. 


GreenAppleKu : Tidak perlulah kita meminta semula barang mahupun apa-apa sahaja perkara yang telah kita berikan pada seseorang. Seperti kata Ustaz Kazim Elias, bukan di soal di hari akhirat pun.

Kepada yang berminat untuk membaca kisah cinta Blue Boy dan Pink Lady, boleh klik sini. TRAJEDI CINTA MASJID.

Nota ilmu.

Buruk siku - Meminta kembali barang yang sudah diberikan kepada seseorang.

Nabi Muhammad SAW pernah berkata : " Orang yang meminta kembali barang yang sudah diberikan kepada seseorang MAKA orang itu adalah lebih buruk dari buruk siku."








Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama