IBUNDA'S DELIGHT

Jumaat, 27 Januari 2012

YANG TERINDAH, TETAP CINTA SELEPAS KAHWIN..



Walaupun kita cuba backup atau mengindahkan cinta sebelum kahwin dengan apa jua istilah dan tips sekalipun, walaupun mungkin kita bataskan banyak benda agar sampai tidak wujud zina hati, tapi kita kena ingat; 

Bila kita jatuh cinta dalam keadaan iman yang ampuh, kita senang terdedah pada penyakit hati dan tidak ramai antara kita yang imannya teguh.

Petikan hadis riwayat Bukhari & Muslim:

"..Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.."

Saya menasihati diri saya dan sahabat-sahabat: 


"Walau bagaimana cara kita cuba mengindahkan cinta sebelum kahwin dengan kata-kata indah, hakikatnya yang terindah tetap cinta selepas kahwin." 

Terbaiknya, jaga hati baik-baik sebelum kahwin. Kita nak serahkan hati yang dalam keadaan baik murni pada pasangan kita selepas kahwin nanti.


4 ulasan:

echah_syed berkata...

ada yg teringin nak bercinta selepas berkahwin,malangnya bukan dgn isteri tapi dgn wanita lain dgn alasan ingin merasa nikmat bercinta itu sendiri...maklumlah bila halal takyah main sorok2 bagai so takde thrill...ermmm ;)

hOney n' cLOver berkata...

suke...^__^

Jones berkata...

sokong..
cinta sebelum kawen adalah nafsu..

BoBo.... berkata...

cinta illahi paling indah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...