Ibunda's Delight

Selasa, 6 Disember 2011

TANDA-TANDA KALAU DIA JODOH KITA...





Tanda-tanda kalau dia JODOH kita itu ada dua:

✿~  DIPERMUDAHKAN
✿~  MENDEKATKAN kita kepada Allah..

Jika tidak ada dua-duanya, BERMAKNA dia BUKAN JODOH kita..makanya bila tanda itu tiba, BUKALAH MATA..jangan terus DIBUTAKAN CINTA..

PERCAYALAH pada Allah..percaya SUNGGUH-SUNGGUH, jangan ragu-ragu..jangan berprasangka, YAKINLAH dengan sepenuh hati..ketentuanNYA pasti yang TERBAIK..semoga itu membuat kamu BERLAPANG DADA dengan ketentuanNYA..

9 ulasan:

pena rozie berkata...

Harap mcm tu la... Tengah kebingugan

KaK LimAh Si SupiR berkata...

dipermudahkan tuu mcm mane?

Zul Fattah berkata...

mudah untuk diucap dgan kata2.. tp sukar utk dilakukan dgan perbuatan.. bila syaitan ada bersama.. tunggulah..

gaung berkata...

ap maksud dipermudahkan tu ? dipermudahkn utk bertemu @ dpermudahkn rezeki supaya lagi ept boleh dirkn rumah tangga..

Aretikz berkata...

Pendapat saya.. biarpun tandanya itu begitu begini.. tapi selagi namanya itu jodoh, hanya Allah yang mengetahuinya.. kerana tanda hanya sebagai tanda..

apapapun.. kenapa bukanlah mata yek? hehe..

Shamz Johan berkata...

nice topic.. u quite famous hehe


www.theothersclan.blogspot.com - membongkar cerita seram

GreenAppleKu.com berkata...

Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.

Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.

Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.

Mungkin sesuatu yang kelihatan sederhana pada pandangan mata, tetapi sangat cantik bila dipandang dengan mata hati. Begitulah rasa hati… semoga kita semua kembali kepada Ilahi, kerana di sana ada keindahan yang hakiki dan abadi.

Berfikir tentang jodoh, adalah satu cabaran yang dipenuhi pelbagai misteri. Ia sukar ditebak dan diduga. Namun, pesan saya cuma satu, ikutlah syariat, pasti selamat. Islam itu sejahtera. Tidak ada kebahagiaan tanpanya.

Pu3 Bibah Cun Melecun berkata...

terharu dengar komen cik apple... touching.. "Islam itu sejahtera, tidak ada kebahagiaan tanpanya"..

Aminah berkata...

Setuju dgn Pu3 Bibah..sangat2 tersentuh dgn ayat itu " Islam itu sejahtera, tida ada kebahagian tanpanya"..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...