PERINGATAN BUAT HATIKU - Eiza GreenAppleKu

PERINGATAN BUAT HATIKU




1. Sentiasalah bertaubat. Setiap insan tidak terlepas dari melakukan dosa dan walau di saat ini sekalipun, siapakah yang benar-benar berani mengatakan bahawa dia tidak melakukan dosa walau secebis pun?

Manusia sememangnya mempunyai keinginan yang tersendiri dan itulah fitrah manusia yang adakalanya membawa seseorang itu ke lembah kemaksiatan dan dosa, namun kembalilah juga kepada fitrah bertuhan dan sentiasalah memohon ampun dan bertaubat kepadanya. Dalam bertaubat, diri hendaklah:

Benar-benar menyesal dengan dosa yang dilakukan.
Berazam tidak mengulangi dosa dan kesilapan yang sama.
Memohon maaf andai ia melibatkan hak orang lain (mencuri dan sebagainya)

Taubat itu menghapuskan dosa-dosa manusia, maka jangan pernah sesekali manusia berputus asa dengan rahmat Allah. Allah SWT suka akan pengampunan, maka senantiasalah memohon ampun kepadaNya. Semoga Dia memperkenankan doamu dan menghapuskan segala dosa-dosamu.

2. Manusia tidak tahu bila ajal akan datang mengunjunginya, maka sentiasalah bersedia untuk menghadapi sebuah kematian. Perbanyakkan amal dan sentiasa memohon keampunan darinya. Sebagaimana kita mahukan kejayaan yang tinggi melangit di dunia, sebagaimana itulah juga kita harus berharap untuk berjaya di akhirat kelak. 

Kejayaan yang diimpikan di akhirat haruslah lebih hebat dari kejayaan di dunia, maka berusahalah untuk meraihnya. Dan ketahuilah bahawa kejayaan di akhirat itulah sebenarnya kejayaan yang hakiki sedangkan kejayaan di dunia ini hanyalah bersifat sementara. (Fight for True Distinction!)

3. Kembalilah kepada fitrah bertuhan. Tuhan itu hanyalah satu, yakni Allah S.W.T. Jangan hanyut dengan nikmat dunia sehingga boleh menyebabkan azab di akhirat kelak. Antara kehanyutan yang sering berlaku di zaman ini;

* Terasa bangga dengan kelebihan dan nikmat yang diberikan oleh Ilahi sehingga memandang rendah keupayaan orang lain

* Menggunakan nikmat yang diberikan Allah untuk sebuah kemungkaran
- Susuk badan yang cantik itu ditayangkan sewenang-wenangnya dengan memakai pakaian yang ketat-ketat
- Kekayaan dan rezeki yang diberikan Allah dihalakan kepada kemaksiatan
- Kecantikan wajah digunakan untuk agenda godaan (direct or indirect)

* Terasa hebat dengan diri sendiri sehingga menolak segala kritikan dan teguran dan tidak mempunyai keinginan belajar untuk menampung segala kekurangan diri

* Tidak menjaga lidah sebaiknya - sewenang-wenangnya mengumpat dan mengata apabila melihat kekurangan dan kelemahan orang lain

* Tidak menjaga hati sebaiknya - berhasad dengki apabila melihat ada orang lain yang lebih berjaya dan lebih menarik darinya

4. Jadikanlah Al-Quran sebagai panduan. Al Quran adalah untuk difahami dan dipraktikkan, bukan sekadar membacanya tanpa mengerti apa-apa dan berhujah menggunakannya. Praktikkan apa yang diajar Quran dan Sunnah dalam kehidupan seharian dan jadikanlah Islam sebagai benar-benar gaya hidupmu!


3 ulasan

KaK LimAh Si SupiR berkata...

insya allah ^_^

pena rozie berkata...

Suka la. Kite same saling serta mengingati antara satu same lain.

Pakaian Muslim Formal berkata...

tulisan yang baik untuk di simak,,nice post

GreenAppleKu.com. Dikuasakan oleh Blogger.