My Instagram

MENYINTAI SESEORANG TETAPI TIDAK BERBALAS


Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya. 

Benarlah kata pujangga,“sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas.” Aneh sekali derita sakit putus cinta ini… benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam.

Jangan katakan kenapa aku yang kena? Jangan labelkan aku yang malang. 

Tetapi katakan, aku yang terpilih. Terpilih untuk putus cinta dengan manusia supaya ‘terpaksa’ bercinta dengan Allah. Memang begitulah rahmat Tuhan, kekadang DIA memutuskan untuk menyambungkan. Putus cinta dengan manusia, tersambung cinta dengan Allah. Inilah hikmah di sebalik kesusahan, kemiskinan, kegagalan, dan termasuklah putus dalam bercinta. Dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah ingatkan Allah.

Alangkah indahnya jika orang yang frust cinta itu kembali kepada Allah secara sihat – maksudnya, bukan sekadar merintih, mengadu, merayu atau minta mati segera. Tetapi tersentak oleh satu kesedaran bahawa cinta Allah itulah yang sejati.

Allah tidak pernah mengecewakan seperti kekasih mengecewakan. 

Seorang filosof Barat, Hendrick berkata, “mencintai seorang yang tidak mencintai kamu adalah sia-sia, menyia-nyiakan orang yang mencintai adalah berbahaya.” 

Cubalah fikirkan… siapa yang paling mencintai kita? Siapakah yang kita sia-siakan selama ini? Fikir…

Dan tersentak oleh hakikat itu, kita mula berfikir… barangkali putus cinta ini adalah rahmat yang tersirat, “Allah menjemput aku untuk mencintai-Nya!” Sedarlah, bahawa Allah adalah Tuhan yang sentiasa mengasihi kita. Tetapi DIAlah Tuhan yang sering kita sia-siakan. Frust cinta itu hakikatnya untuk menyambungkan cinta kepada-Nya. Ketika itulah orang yang frust cinta akan benar-benar terasa bahawa dia terpilih, bukan tersisih!

Ya, pada waktu ‘terkena’ dulu belum nampak lagi, sebab itu terasa marah, kecewa, dendam dan benci. Tetapi apabila masa berlalu, segalanya bertukar menjadi syukur, beruntung dan terselamat. Mujur putus dengan dia. Beruntung tidak jadi dengan dia!

Begitulah ilmu kita yang terbatas dibandingkan dengan ilmu Allah yang Maha Luas. Yang penting dalam apa jua keadaan sekalipun, iman mesti diperkukuhkan dalam dada. Ingat Tuhan. Cintailah DIA, pasti Allah akan mendorong orang yang dicintai-Nya untuk mencintai kita. Cinta itu bagai ‘mata rantai’ yang sambung menyambung sesama manusia yang akhirnya bersambung kepada cinta Allah.



9 ulasan

syakirah izwanie berkata...

Suka entri ni =.^

akubest501 berkata...

Jodoh pertemuan di tangan Tuhan...InsyaAllah...

Cik Kamoo berkata...

cinta tak berbalas memang perit dan..............menyakitkan

Solihin Zubir berkata...

ramai yg frust bila putus cinta tp tak terfikir brapa lama Allah bersabar kita tdk mencintai-Nya malah meminggir-Nya.. sedangkan cinta Allah lebih besar dan kekal abadi..

Memori Kekasih berkata...

Aku pernah putus cinta dan tersentak dengan kehendak Illahi...Aku redha dan aku percaya, apa yang Allah putuskan pasti ada hikmah...dan aku mula belajar mencari hikmah disebalik musibah...

KaK LimAh Si SupiR berkata...

ya allah..cinta abadi ku ^_^

Ujang9897 berkata...

kuatkan tiang agama iaitu solat..=)

Panglima-api berkata...

cinta itu pasrah......lebih baik kita mencuba dan gagal....dari kita gagal mencuba

ishak arrahman berkata...

sentiasa ingat setiap yang terjadi ada hikmah tersendiri...dan juga sentiasa ingat tuhan takkan jodoh kan org baik dgn org yang kurang baik kecuali ada hikmah disebalik nya..allahsememang maha2 mengetahui..