Salam sejahtera buat semua yang sudi singgah di GreenAppleKu setiap hari, setiap waktu dan setiap ketika. (Mukadimah bikin orang stress..hahaha..) Baiklah, tanpa merapu dengan panjang lebar, berbalik kepada topik di atas, seringkali kita mendengar orang menyebut perkataan 

S T R E S !!.

Pakar-pakar telah membahagikan stres kepada dua ; eustress dan distress Eustress apabila ia terkawal dan membawa manfaat. Manakala distress apabila ia berlebihan dan membawa mudarat. 

Stres bukan untuk di hapus, tetapi untuk di urus. Tanda kesempurnaan manusia ialah apabila dia tidak sempurna. Dan stres adalah bukti manusia tidak sempurna. Oleh sebab itu, dalam beberapa keadaan manusia memerlukan stres. Sedikit stres di perlukan untuk menghasilkan kerja yang berkualiti dan produktif. Namun jangan berlebihan, ia akan menyebabkan pelbagai masalah.

Bagaimana kita harus menghadapi stres supaya ia tidak mencarik kebahagian dan ketenangan hidup kita ?

Solat lima kali sehari semalam menjadi medan kita untuk mengadu, merintih dan memohon. Itulah ubat stres sebenarnya. Dalam solat kita bukan sahaja merehatkan hati dengan rasa pasrah dan menyerah kepada Allah, tetapi kita juga meregangkan otot-otot dengan melakukan rukun fi'li (pergerakan) dengan sempurna, tertib dan sistematik.

Manfaat stres..

Stres akibat takut gagal, menyebabkan kita bangun berusaha dengan lebih gigih.

Stres akibat hubungan kita tidak mesra dengan ibu bapa, menyebabkan kita bertindak meminta maaf, berterus terang dan melakukan tindakan-tindakan positif bagi membetulkan keadaan.

Stres kerana jahil akan mendorong seseorang itu bangun menimba ilmu.

Stres kerana merasakan diri berdosa akan mendorong orang yang masih ada sekelumit iman dalam hati beristighfar, bertaubat dengan sungguh-sungguh dan berazam tidak akan mengulangi dosa silam.

Stres kerana merasakan diri tiada pencapaian akan memotivasikan diri berusaha meraih kejayaan dalam hidup.

Stres kerana melihat perbuatan mungkar berleluasa akan menyebabkan jiwa memberontak ingin melaksanakan amar makruf nahi mungkar.

Stres kerana didiagnosis ada risiko kesihatan akan menyebabkan si pesakit berusaha menjaga pemakanan dan melakukan pelbagai usaha untuk menyembuhkan.


Oleh sebab itu, beringat-ingatlah jika kita selalu stres. Itu petanda merosotnya tahap iman dan kurangnya amalan cara hidup islam dalam kehidupan kita. Maknanya, tahap stres berkadar songsang dengan iman dan Islam kita.

Ya, stres hakikatnya satu hadiah untuk kita lakukan muhasabah; di mana Allah dalam kehidupan kita ?


Sumber rujukan : Solusi Isu no. 39. Hasil penulis yang saya kagumi, Ustaz Pahrol Mohd Juoi.




5 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. betul. stress jika ditangani dgn baik, dan dirotate menjadi perkara positif, insyaAllah akan beri kebaikan dan manfaat pada kita. =)

    BalasPadam
  2. sangat bagus entry ini, bagi semangat 2012!1

    BalasPadam
  3. erm..apa2 pun atas diri kita la.. yg kena berubah perbaiki kelemahan diri.. skrang tengah final exam.. stress tu x rasa sngat sebab dah memang macam ni..redha je

    BalasPadam
  4. Iye, setuju!
    kalo dah stress
    then terus negatif,
    itu yg buat kita terus down kan
    thank kongsi ilmu ni :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama