TIPS MEMBUANG RASA CINTA, ELAK HATI TERLALAI - Eiza GreenAppleKu

TIPS MEMBUANG RASA CINTA, ELAK HATI TERLALAI




1- Dekatkan diri dengan Allah, wujudkan link dengan Allah. Sebab, bila kita ingat Dia, bila kita tahu yang Allah sentiasa melihat kita, kita akan takut untuk buat dosa. Sekaligus, keyakinan kepada Allah meningkat. Macam mana nak wujudkan link dengan Allah?
- baca ayat-ayat cinta dari-Nya, (al-Quran), baca tafsir faham makna, latih diri bangun qiam (untuk tambahkan kekuatan hati), sentiasa ingat kepada Allah dan perkara sewaktu dengannya.

Apabila kita dekat dengan Allah, kita kerap ingat kepada Dia, insyaallah, hati kita takut berbuat dosa.

2- Tambahkan ilmu pengetahuan tentang agama, dekati majlis-majlis ilmu (yakni taman-taman syurga). Jangan biarkan kita jahil ilmu agama. Walaupun kita ada master PHD dalam bidang lain contohnya, ia tetap tidak bererti andai anda tak ada ilmu agama. Maka, seimbangkan.

3- Tanamkan keyakinan bahawa Allah penyusun takdir yang terbaik. Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Kalaupun dia bukan jodoh kita, misalnya dah tahu dia ni berpunya, dah bertunang, katakan kepada diri bahawa ada seseorang yang lebih baik di hadapan anda. Setiap takdir yang berlaku ke atas kita, ingatlah, bahawa itulah yang terbaik untuk kita yang telah Allah tetapkan. So, jangan kecewa! =)

4- Berkumpul dengan orang-orang soleh. Beritahu kepada kawan terdekat anda yang paling soleh/solehah/thiqah (pendek kata yang boleh dipercayai menyimpan rahsia anda). Peranan kawan-kawan yang soleh solehah ini tadi, akan sentiasa menasihati anda, jika anda sedang cuba-cuba untuk menghubungi dia, sengaja mencipta ‘ukhuwah’ peranan sahabat tadi akan menasihati anda.

5- Jangan cuba-cuba meluahkan perasaan anda kepada si dia (umur masih muda-masih banyak keperluan lain). Maksudnya di sini, jangan sengaja test market, nak test dia terima ke tak. Nanti tak terima, frustrated pulak, kalau terima pulak, lain cerita lagi. Pendek kata jangan cipta ‘ukhuwah’ melainkan ada keperluan penting. (jika waktu belum mengizinkan)

6- Jika berpeluang berkomunikasi dengan dia, perlu cool. I mean tak perlu gelabah sebab ada perasaan dengan dia. Kita mesti tak senang duduk kan bila berhadapan dengan orang yang kita suka? =) Jadi, kawal diri anda jangan sampai ketahuan.

7- Ingatkan diri sendiri lagi, ilmu yang dipelajari perlu diamalkan. Tahu zina banyak cabang. Zina hati terutamanya. apabila memikirkan tentang dia, pergi buat kerja lain yang boleh alihkan perhatian daripada terus ingat dia. Malam2 sebelum tidur ingat dia, pergi berzikir untuk nyahkan dia. jauhkan zina hati. Agak susah untuk buat sebab kadang2 kita tak sedar. But we have to try. Pergi sini jugak.

8- Sentiasa buat muhasabah setiap hari tentang bahayanya cinta. Boleh baca previous entry tentang cinta. Sekali kita dekat dengan cinta manusia (yang haram) bermakna kita akan berpotensi untuk jauh dari cinta Allah.

9- Sentiasa ingin memperbaiki diri ke arah yang lebih positif.

10- Last sekali, apa yang kita boleh buat, berdoalah. Ikhtiar terakhir. Berdoa itu senjata orang mukmin.


7 ulasan

Zul Fattah berkata...

lelaki yg jahat ut permpuan yg jahat..
saya masih x paham dengan ayat ini..
jikalau saya ni jahat..
saya akan dapat popuan yg jahat ke?
explain sikit boleh?

GreenAppleKu.com berkata...

@ Zul Fattah, Sama-samalah kita menganggap bahawa ujian dan cubaan dari Allah adalah bekal tambahan bagi kita sebagai persediaan untuk menuju ke negeri abadi nanti. Dan dengan ujian dapat mengajar kita sifat ingin sentiasa bertaubat dan kembali pada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Jika kita sentiasa bertaubat maka akan terzahir lah sifat Allah Al Ghaffur (Yang Maha Pengampun). Jika kita tidak istighfar dan bertaubat maka tiada apa dan sebab untuk diampunkan dosa-dosa kita yang bertimbun banyaknya itu. Sabda nabi yang bermaksud, “Setiap anak Adam itu bersalah, dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah orang-orang yang bertaubat”.

Harap ini akan menjwp kepada persoalan Zul. Jika kita nak pasangan baik, kita ubah diri kita menjadi baik. BERTAUBAT dengan sebenarnya. Setiap manusia tidak pernah terlepas dari menghadapi ujian. Insyaallah, Allahswt Maha Mengetahui niat di hati kita.

Tanpa Nama berkata...

kalau dah separuh bezina macam mne aek...mksd sy ringan2...sy nk lari dari zina...tp susah nk tinggl...mungkin minggu ni jew bley bertahan...minggu dpn belum tentu...
.help me!!!

GreenAppleKu.com berkata...

Tanpa Nama - " Risau kalau-kalau dah bertaubat nanti, tetapi masih lakukan dosa lagi."
Nota : Aku ini hanya manusia yang tidak lepas daripada melakukan dosa. Yang penting aku perlu sedar aku telah berdosa dan cepat-cepat bertaubat. Taubat berkali-kali pun tidak apa.
Artikel penuh http://www.greenappleku.com/2012/09/ingin-bertaubat-tetapi.html

Tanpa Nama berkata...

GreenAppleKu, izinkan saya memberikan cadangan untuk Tanpa Nama di atas..

Tanpa Nama, sukar memang sangat sukar, dalam taubat jangan lupa untuk minta dari Allah supaya dihapuskan rasa ingin berzina di dalam diri, dihapuskan rasa ingin 'ringan2' dalam diri..

berdoa lah, ketika apa pun walau di mana pun berada...sesungguhnya Allah dengar dan Allah tahu

z

Tanpa Nama berkata...

sya da brkahwin.tp sng sgt untk jatuh hati pd org lain..wlpn da mgelak tp ttp brulang.tp alhamdullilah ia hnya prsaan,dan x prnah trjalin apa2 hubungan cinta.hnya suka dlm diam

GreenAppleKu.com berkata...

Crush yea. Cepat buang rasa itu. Selalu anggap, pasangan kita adalah yang terhebat, terbaik dan terrr segala buat kita. :-)

GreenAppleKu.com. Dikuasakan oleh Blogger.