'FRUST' DALAM BERCINTA





" Aku dah tak percaya dah pada lelaki. Lelaki semua jahat. Lelaki semua sama sahaja. Aku tak mahu kahwin. "

Luahan Maya pada Lisa sebaik sahaja Lisa duduk di sebelah Maya. Lebam mata Maya dek kerana semalaman menangis. 

" Ler, Zack buat perangai lagi ker Maya ?"

" Hurm, dia tipu aku lagi. Dia ada skandal dengan perempuan lagi Lisa. Memang dah dasar kaki perempuan. Di mulut sahaja kata nak berubah tapi di hati, entahkan dia faham atau tak maksud berubah tu ke tidak. Ini dah kali yang ke tiga dia tipu aku. Aku dah tak percaya pada dia dah. Penipu! "

Lisa membiarkan Maya meluahkan apa yang terbuku dihatinya sambil Lisa leka menghadap lappy kesayangannya. Sekali sekala, Lisa tersenyum sendirian.

" Lisa! Penat le aku cerita pada kau. Kau boleh senyum-senyum lagi. " Maya mula menarik muka 14. (Muka 14 tu camna yer?)

Lisa menarik nafas dan melepaskan dengan perlahan. " Maya, awak baca ni. "

Kita rasa dialah terbaik untuk kita (you are the answer of my prayer). Tetapi entah macam mana, dia berpaling tadah. Waktu itu kita terhenyak lalu berkata, “mengapa aku terpaksa menanggung derita ini.”Kita frust kerana merasakan dialah yang terbaik, tercantik, ter… ter… segala-galanya. Sukar membayangkan ada orang lain seumpama dia. Cinta diberikan seluruhnya. Ketika si dia pergi tanpa berpaling, kita berkata, “ya Tuhan, kenapa aku yang terpaksa menerima nasib ini?”

Harga diri orang yang putus cinta selalu rendah. Penilaian diri terhadap dirinya sendiri menjunam ke paras terendah. Rasa hina (gagak di rimba) berbanding kekasihnya yang pergi (merak kayangan). Sedangkan jika masih ada iman bersemi di dada… kita masih boleh berfikir dan berhenti seketika, lalu berkata, “Tuhan ada!” Pujuklah hati dengan apa yang telah Allah tegaskan bahawa yang baik pada pandangan kita belum tentu baik dalam realitinya. Katakan, dia yang pergi itu bukan yang terbaik. Mungkin dia terbaik, tapi untuk orang lain. Dan yang terbaik untuk kita pasti datang sebagai gantinya!

Jangan katakan kenapa aku yang kena? Jangan labelkan aku yang malang. Tetapi katakan, aku yang terpilih. Terpilih untuk putus cinta dengan manusia supaya ‘terpaksa’ bercinta dengan Allah. Memang begitulah rahmat Tuhan, kekadang DIA memutuskan untuk menyambungkan. Putus cinta dengan manusia, tersambung cinta dengan Allah. Inilah hikmah di sebalik kesusahan, kemiskinan, kegagalan, dan termasuklah putus dalam bercinta. Dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah ingatkan Allah.

Alangkah indahnya jika orang yang frust cinta itu kembali kepada Allah secara sihat – maksudnya, bukan sekadar merintih, mengadu, merayu atau minta mati segera. Tetapi tersentak oleh satu kesedaran bahawa cinta Allah itulah yang sejati.

Allah tidak pernah mengecewakan seperti kekasih mengecewakan. Seorang filosof Barat, Hendrick berkata, “mencintai seorang yang tidak mencintai kamu adalah sia-sia, menyia-nyiakan orang yang mencintai adalah berbahaya.” Cubalah fikirkan… siapa yang paling mencintai kita? Siapakah yang kita sia-siakan selama ini? Fikir…

Dan tersentak oleh hakikat itu, kita mula berfikir… barangkali putus cinta ini adalah rahmat yang tersirat, “Allah menjemput aku untuk mencintai-Nya!” Sedarlah, bahawa Allah adalah Tuhan yang sentiasa mengasihi kita. Tetapi DIAlah Tuhan yang sering kita sia-siakan. Frust cinta itu hakikatnya untuk menyambungkan cinta kepada-Nya. Ketika itulah orang yang frust cinta akan benar-benar terasa bahawa dia terpilih, bukan tersisih!

Sumber


4 ulasan:

  1. semua benda buruk ada 'good side' nya..!

    BalasPadam
  2. cinta allah adlh sejati dan abadi ^_^

    BalasPadam
  3. jalan penyelesaiannya ialah pujuk hati sendiri sampai berjaya.

    Tak Mahu Kahwin?
    http://gelapnyacahaya.blogspot.com/2011/10/tak-mahu-kahwin.html

    BalasPadam
  4. paling benci dgr ayat, "aku benci lelaki.. lelaki semua sama"..

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!