KENAPA ANDA CEPAT MARAH? - Eiza GreenAppleKu

KENAPA ANDA CEPAT MARAH?


Pantang ada tersilap sedikit, melenting. Pantang tersalah sikit, mengamuk. Pantang tercuit perasaan, anda marah macam kerasukkan saka. Apa sebab anda jadi sedemikian ? Apa puncanya? Adakah cara untuk mengubati penyakit cepat marah anda itu ? 

Menurut sumber, ada tiga sebab utama penyebab sikap cepat marah anda ;

Sebab 1: Anda tidak kawal emosi.

Orang yang cepat marah adalah orang yang tidak mengawal emosi, malah membiarkan marah menguasai dirinya. Orang yang cepat marah cepat dibodoh-bodohkan oleh orang lain, iaitu dengan ‘memancing’ kemarahannya. Bila sudah marah, biasanya tindakan akan jadi membuta-tuli.

Sebab 2: Ego, bangga diri, riak.

Anda cepat marah sebab ego Anda dicabar bila mana Anda merasa Anda direndah-rendahkan, Anda rasa kalah, Anda rasa Anda tidak dihormat. Jika Anda memiliki salah satu daripada 3 perkara tadi, itu tandanya Anda terlalu mengagungkan diri Anda. Anda terlalu menilai tinggi siapa diri Anda. Anda cepat marah sebab Anda tidak mahu dipandang rendah, benci apabila tidak dihormati, merasa terhina apabila Anda terjumpa orang yang lebih hebat daripada Anda. Marah sebegini biasanya wujud dalam bentuk emosi tidak puas hati.

Sebab 3: Anda orang berfikiran negatif.

Orang yang berfikiran negatif adalah orang yang memandang buruk terhadap sesuatu, bersangka buruk pada orang lain serta bertanggapan buruk terhadap apa jua perkara. Anda cepat marah kerana di hati Anda tidak wujud istilah maaf. Anda tidak mahu memberi maaf dan Anda malu untuk meminta maaf.

Nota GreenAppleKu : Dirikanlah solat kerana ianya penawar kepada pelbagai penyakit rohani, jiwa dan mental. 

Bersolatlah kerana Allahswt bukan kerana nak tunjuk pada orang lain yang anda orang yang solat, sebab risau kena kutuk dengan rakan, sebab malas dengar makayah membebel dan banyak lagi sebab-sebab lain yang hanya anda dan Allahswt sahaja yang mengetahuinya.


3 ulasan

H.J berkata...

setan yang asyik dok cucuk tu..hehe

GreenAppleKu.com berkata...

@ H.J, itu pun salah satu dari banyak sebab.

KaK LimAh Si SupiR berkata...

ya..solat adlh ubat segala ny..solat juge penenang jiwa ^_^

GreenAppleKu.com. Dikuasakan oleh Blogger.