JIKA IBADAH PUASA MENJADI SATU ADAT - Eiza GreenAppleKu

JIKA IBADAH PUASA MENJADI SATU ADAT


Jika ibadah puasa sekadar adat bukan satu perkara wajib. 

Cerita 1,

Maya : Wa, bagus ler engkau Lisa. Akhirnya kau bertudung juga. Kan manis begini.

Lisa : Sekarang ni kan bulan puasa, hormatlah sikit. Tak lama mana pun sebulan jer, lepas tu 'free hair'. Tak tahan aku, panas ler.

Cerita 2,

Joe : Mama, maghrib masuk pukul berapa yer ?

Mama Joe : Aik, selalunya anak mama ni tak pernah pun tanya maghrib masuk pukul berapa. Lepas solat maghrib nanti, kita bersama ke masjid yang nak.

Joe : Ma...Joe tanya sebab nak berbuka puasa. Lepas berbuka dah janji dengan kawan-kawan nak pergi karok. Next time yer ma.

Cerita 3,

Mimi : Malam nanti lepas solat terawih kau singgah kejap rumah aku yer. Ada cerita sensasi tentang Lisa.

Maya : Alah, kalau cerita sekarang tak bolehkah. Malaslah aku nak ke rumah kau malam nanti. Aku nak tidur awal.

Mimi : Eishh mana boleh cerita hal orang sekarang. Kita kan sedang berpuasa. Kurang pula nanti pahala puasa aku.

Cerita 4,

Zack : Joe, jom teman aku beli lampu ruang tamu ni. Dah rosak. Lepas tu bolehlah terus kita solat terawih.

Joe : Kau sahajalah yang pergi, aku tak terdaya dah ni.

Kata Zack yang sedang tersandar kekenyangan kerana makan sebungkus nasi tomato, ayam percik, murtabak telor di basuh, puding caramel, ais kacang dan oren jus ketika berbuka puasa tadi.

Cerita 5,

Hubby : Kiah, ambil meja satu lagi. Meja ni dah penuh dengan makanan dah. macam-macam ada ni. 

Kiah : Banyaknya bang. Yang nak makan kita berdua jer.

Hubby : Ish, tak per. Masa sihat ni lah kena makan. Esok lusa kalau dah sakit, tak ker keempunan. Lagipun bulan puasa ni lah kita akan terjumpa dengan pelbagai jenis makanan yang tak biasa di dengar. Bila lagi nak mencuba kan.


Nota : Apa pula cerita anda. Share dengan saya. Moga menjadi panduan buat yang ingin berubah. Yang tidak ingin berubah, jangan komen yang bukan-bukan. Anda punya akal, anda boleh berfikir, mana pahala mana dosa.



4 ulasan

Jejaka Terhangat berkata...

wahh..semua situasi ni terbaek. mmg realiti apa yg berlaku skrg..

satu lagi situasi,

Abu: kau pergi masjid tak terawih?
Ali: Tak
Abu: Ape la ko tak pergi terawih. kan bulan pose ni.
Ali: Aku tak terawih kat masjid. tp aku terawih kat rumah

Ramai yg ingat terawih bleh buat kat masjid ke. tp mmg tak dinafikan jemaah tu lebih afdhal..=)

H.J berkata...

rerata tak paham apa itu makna puasa sebenar..ehe

PEAH berkata...

satu perkara lg yg lelalu manusia buat..

boyafren: syg, kita break yer?

gelifren: why? apa salah I?

boyafren: sebulan je. bila raya kita smbung balik.

logorithm berkata...

Betul ker semua cerita tuh? Yang cerita #1 tuh macam susah nak caya... Selamba jer dia boleh cam tuh? :-p Hehe...


Terbaru dari Logokoko:

[U] Logo MRT:  Promo Video - Undi anda diperlukan!

[U] Sedaap!

[U] Hutang Puasa

GreenAppleKu.com. Dikuasakan oleh Blogger.