HAL PERIBADI, PERLUKAH DI CERITAKAN UNTUK TATAPAN UMUM ? - Eiza GreenAppleKu

HAL PERIBADI, PERLUKAH DI CERITAKAN UNTUK TATAPAN UMUM ?

Jika di tanya pada saya, jawapan saya TIDAK PERLU. Terutama hal kisah rumah tangga, percintaan hatta hal perselisihan faham yang terjadi dalam sesebuah perhubungan pun TIDAK PERLU di ceritakan pada umum. 

Tidak semua orang bersimpati dengan permasaalahan orang lain. Ada yang sentiasa menanti peluang mencari kesalahan untuk di jadikan bahan umpatan dengan niat menjatuhkan maruah seseorang.

Tidak semua orang suka melihat kebahagian kita sebagai sepasang kekasih mahupun sebagai sebuah keluarga yang bahagia. Mereka menunggu tika perhubungan kita di landa ujian, akan bersoraklah mereka dengan ucapan..

" Padan muka, dulu nak tunjuk sangat kononnya ko ler pasangan terbaik untuk tahun 2011, sekarang mana pergi semua tu ?"

" Dulu dalam fb menyampah aku lihat, kejap-kejap i love you lah, i miss you lah, you are the one for me lah, you light up my life lah, sedap tak masakan i hari ini. Itu baru ucapan. Kalau bab bergambar, habis semua gambar nak up load masuk fb. Gambar dalam bilik tidur pun nak kasi orang lain tengok. Grrr "

Saya teringat pesanan dari seorang sahabat ketika saya mula membuka akaun facebook. Katanya, tidak perlu letak semua hal peribadi. Apatah lagi gambar yang bukan-bukan yang boleh buat kita susah di kemudian hari. 

Perkara yang sama juga saya aplikasikan dalam dunia blog. Tujuan saya ber blog adalah untuk perkongsian ilmu dan sebagai tempat mengarkibkan artikel yang ada manfaatnya untuk tujuan koleksi peribadi. 

Akhir kata, hal peribadi adalah lebih manis di kongsi hanya dengan pasangan anda dan keluarga anda sahaja. Bukan untuk pengetahuan umum. Tidak terkecuali buat pasangan yang sedang hangat ber'couple'. 

Selamat berpuasa, kurangkan aktiviti mengumpat, ber'couple' tanpa pantang larang dan banyakkan mendengar ceramah agama. Moga Ramadhan kali ini menjadi satu permulaan baru dalam kehidupan semua. 


4 ulasan

Diyana berkata...

Betullll

tak yah lah nak show off sangat,klu tak jadi,maluu.

salam ramadahan

salemaziz berkata...

memang betul. xpayah cite.
terlajak perahu leh undur.
jatuh air muke kalo dah jadi camtu.
sedih2..ish2

Miss A berkata...

Hurmm,betul jugak.kdg2 saye pun tertulis jugak benda private dkat blog.ngeh,tp tak over2 mcm sesetgah blog lah.asyik ckp pasal bf,gf tu sye pun menyampah jugak.hehe anyway,terpulang.

Afuan Shah berkata...

terima kaseh atas peringatan..kadang2 saya terbuat jugak neh bab2 status dlm FB tuh..

mudah-mudahan, kita semua lebih berhati2 dalam hal mcm ni..

p/s : saya pon serabot jugak kalau nak post pasal gf bf dlm FB dan blog...hihi

GreenAppleKu.com. Dikuasakan oleh Blogger.