My Instagram

BAGAI KACANG LUPAKAN KULIT



Ikhsan dari GOOGLE..Tq

Satu jalan penyelesaian terlintas di fikiran tak kala mata ini memerhati dan fikiran ini tertanya-tanya, apa sudah jadi dengan sesetengah dari kita ini. Samaada kita sedar atau sengaja buat-buat tidak sedar, kita asyik dengan agenda kutuk mengutuk dan jatuh menjatuhkan sesama sendiri. Ada sahaja yang tidak kena pada orang lain di mata kita. 

Pandangan peribadi saya, daripada kita mengutuk seseorang itu, apa kata kita bertukar-tukar pendapat dengan orang yang kita rasa kita nak kutuk tadi. Kekadang berbezanya pendapat kita dengan orang lain, adalah satu rahmat dan hikmah yang tidak terfikir di fikiran kita. 

Jangan hidup seperti katak di bawah tempurung. Yang berasa selesa hidup di dalam dunianya sahaja. Selagi pendapat dan cara hidup seseorang itu tidak terbabas dari al-Quran dan Hadis, kenapa perlu ada sengketa ? 


Nota : Hendak pula orang yang kita kutuk tu, pernah berjasa pada kita. Pernah membantu kita pada suatu ketika dahulu. Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit. Dah tak rangup kacang tu. hehe..


6 ulasan:

  1. salah sendiri tak nampak..salah org nampak jer dia..=)


    jgn ingat ada org sokong kita tu kita dah betul...ramai lg yg tak sokong kita..=)

    BalasPadam
  2. bagai kacang lupakan kulit.. inilah yg perlu kita elakkan.

    BalasPadam
  3. Itu lah lumrahnya manusia.. Ibarat menolong anjing yang tersepit,sudahnya di gigit lagi pula.. =..="

    BalasPadam
  4. Bila budaya hormat- menghormati dan saling menghargai sudah tiada dalam kamus hidup seseorang, inilah yang akan terjadi. Moga kita terhindar dari sifat sebegini.

    BalasPadam
  5. kena ke peribahasa ni?? mcm tak je.. hoho..

    mls nak ckp byk.. angguk je.. :P

    BalasPadam
  6. kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!