BAGAIMANA NAK TAHU, ADAKAH ANDA TELAH JATUH CINTA ? - Eiza GreenAppleKu

BAGAIMANA NAK TAHU, ADAKAH ANDA TELAH JATUH CINTA ?


Bagaimana nak tahu adakah anda telah jatuh cinta yer ? Siapa hendak tolong jawap persoalan ini. Sambil tekan butang search, cari info tentang cinta dan akhirnya tersesat jumpa pakar dalam bab percintaan iaitu tidak lain dan tidak bukan, meet Dr.Zack


[border+copy.jpg]


KATANYA...





GreenAppleKu : Erk! Betul ker itu tanda-tandanyer ?

Nota untuk diri sendiri,

Cinta yang meminggirkan cinta Allah adalah rendah mutunya dan tidak tahan uji. Cinta kelas kedua itu ialah cinta kelas bawahan. Apabila wajah kendur, cinta luntur. Apabila kemudahan hilang, sayang terus melayang. 

Sebaliknya cinta Allah mampu mengekalkan, malah boleh meningkat lagi rasa cinta walaupun perubahan fizikal berlaku kerana tapak cinta itu di hati, bukan di mata. Cinta di mata boleh dipisahkan oleh jarak dan usia tetapi cinta di hati tidak ada sesiapa yang mampu menjarakkannya, apatah lagi memisahkannya!

Cinta yang dibina atas dasar cinta Allah akan menjadikan perkahwinan sebagai taman atau kebun percintaan. Mungkin sekali-sekala bergolak juga, tetapi atas dasar ibadah dan tanggungjawab, cinta dapat dibina semula… terbentur tetapi tidak patah. Genting tetapi tidak putus. Justeru bajailah cinta itu selalu dengan solat, zikir, membaca al-Quran dan sedekah.

Marilah kita saling berpesan demi kebenaran dan kesabaran ~ Genta Rasa ~


6 ulasan

BeloG MTT berkata...

"Cinta yang meminggirkan cinta Allah adalah rendah mutunya dan tidak tahan uji. Cinta kelas kedua itu ialah cinta kelas bawahan. Apabila wajah kendur, cinta luntur. Apabila kemudahan hilang, sayang terus melayang." :)

Ain Atika Zailani berkata...

hehhehe kite suka je kat semua..tapi cinta tu mesti lah feeling lain sikit...special sikit..hehehhehe

Penggelap Cahaya berkata...

aku terfikir satu idea.nak tak cik green apple jadi guest writer di blog aku?tulis pasal cinta saja bila-bila masa cik green apple rasa nak tulis.tak kisahlah cinta apa-apa pun sebab cinta ni rasanya luas dan wujud kan.aku rasa perempuan memang sesuai tulis pasal cinta.jangan haraplah aku nak tulis sendiri sebab aku memang jahiliah la bab cintan-mintan ni.kalau cik green apple sudi boleh e-mel aku ya.wansulaimanwanmansor@gmail.com. terima kasih

GreenAppleKu.com berkata...

@ MTT, Ain, tq for your komen. Ke'buzy' an melanda sepanjang ramadhan. Tetapi korang jgn kecil hati sebab setiap komen korang, saya kena baca sebelum publishkan. So, itulah salah satu cara saya menghargai komen korang. Kalau tak hargai tu, saya delete jer komen tu. hehe..

GreenAppleKu.com berkata...

@ Penggelap Cahaya, huhu, terima kasih di atas pelawaan ini. Insyaallah, jika punya artikel yg berkaitan cinta pada masa hadapan, will forward to your blog sebelum saya publish di blog sendiri.

Eh, ada juga lelaki yg pakar dalam bab cinta ni. Tu, Dr. Zack tu. Amatur tu. hehe.

logorithm berkata...

SMTI. :-)

GreenAppleKu.com. Dikuasakan oleh Blogger.