Dunia hakikatnya adalah gelanggang mujahadah. Kita di sini untuk “menanam”. Di sana (akhirat) nanti barulah kita menuai. Musim bertanam memanglah payah – mencangkul, membaja, menjaga dari serangga dan bermacam-macam-macam lagi kesusahan. Bila menuai nanti baru terasa nikmat dan seronoknya.

Dunia diumpamakan tempat “membayar”. Di akhirat nanti tempat “bermain”. Pay now, play later. Bayar di sini, “berseronoklah” di sana. Apa sahaja di dunia ini menuntut bayaran. Pilihlah, sama ada untuk membayar dahulu, atau membayar kemudian. Tetapi sekiranya kita membayar dahulu, kejayaan di kemudian hari akan menjadi lebih manis dan bererti.

Orang mukmin sentiasa rela bersusah payah untuk melakukan ketaatan, kebajikan dan kebaikan. Hidupnya, terlalu sibuk dengan ibadah. Berpindah dari ibadah khusus kepada ibadah umum, berpindah lagi kepada ibadah sunat. Begitulah sehari semalam, sentiasa berpindah dari satu ibadah ke satu ibadah.

Banyak kepahitan yang perlu ditempuh oleh orang mukmin untuk menempah syurga selaras dengan sabda Rasulullah SAW:

“Syurga dipagari dengan kesusahan, manakala Neraka dipagari oleh keseronokan.”

Sebaliknya, bagi mereka yang lalai berpegang kepada konsep: Play now, pay later. Demikianlah kehidupan, tidak ada yang percuma. Apatah lagi kehidupan di syurga.

Justeru marilah sama-sama kita berpesan agar rela menerima “kepahitan” yang sedikit dan sementara demi menikmati kemanisan yang banyak dan abadi di sana. Oh, alangkah jahilnya kita sekiranya rela menanggung seksa yang begitu dahsyat dan kekal di akhirat hanya kerana nikmat yang sedikit dan sementara di dunia.

Sebaliknya, kita bijak kalau terus bermujahadah untuk melakukan perkara-perkara yang perlu dilakukan sehinggalah tiba ketikanya kita boleh melakukan apa sahaja perkara yang kita suka melakukannya. Di mana? Bila? Jawabnya, di syurga. Dan mujahadah itu mahar sebuah syurga!



GreenAppleKu : Realiti sekarang, banyak yang leka bermain dahulu. Bila sudah penat, berehat dan tiba masa nak bayar, baru tersedar tidak cukup untuk membayar. Masa tu nak kesal pun dah tak berguna lagi. Erk..harap anda faham sebab saya gunakan ayat yang tinggi tahap penafsirannya. huhu.. ;)

 



10 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. blog ilmiah dari wanita yang pertama aku jumpa! terus follow!

    BalasPadam
  2. menanam itu memang memenatkan hingga ramai yang malas meneruskannya.

    BalasPadam
  3. @ Penggelap Cahaya, TQ sebab sudi follow blog ini dengan sukarela. Sesangat menghargai. Will terjah to your blog later. Salam ukhwah.. :)

    BalasPadam
  4. @ delarocha, tkadkan semangat bila runtuh... ;)

    BalasPadam
  5. awk. sorry kacau.. artikel awk dah sy publish.. awk ada banner x?

    BalasPadam
  6. salam ziarah....

    ila datang baca entry ye...;_)

    BalasPadam
  7. Bahasa tinggi itu difahami. dont worry.. hehe..

    begitulah dunia akhir zaman, makin dekat, makin menjadi.. bila dah terlambat, neraka menanti pasti..

    moga kita sentiasa bermuhasabah diri dalam mencari keredhaan ilahi.. ^_^

    BalasPadam
  8. @ Firdaus Kasim, mana der kacau. Eh iyer ker? Nak gi tgk nih.. tapi saya tak der bannerlah awak. Tak pandai nak buat. Ada sesiapa yg nak tolong buat tak? ; (

    BalasPadam
  9. @ HonEyBuNNy, tq my honey.. selalulah datang ziarah yer..

    BalasPadam
  10. @ Aretikz, tak tinggi mana pun.. kena motivasikan diri setiap hari. Agar kita sentiasa berada di jalan yg betul lagi benar.

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama