Ketika memandu pulang untuk menguruskan perkahwinan adik minggu yang lalu saya benar-benar teruji. Lebuh raya Selatan ke Utara begitu sesak. Merangkak-rangkak rasanya menuju destinasi. Sangat menguji kesabaran. Ah, sesak yang begini sudah terasa seksa inikan pula sesak di padang Mahsyar.

Dalam belaian hawa dingin di dalam kereta masih terasa"panasnya" menunggu, inikan pula menunggu perbicaraan di sana nanti. Kita tidak akan mampu. Mudah-mudahan ini menjadi motivasi untuk menjadi antara tujuh golongan yang mendapat naungan Arsy di Mahsyar nanti.

Bila sesak, semuanya bergolak. Yang memandu dan siapa yang bersama-sama dalam kereta sama-sama teruji. Silap-silap bahang "di luar" menjadi bara di dalam. Alangkah baiknya bila ada cd atau kasset ceramah, ayat Quran yang menjadi teman perjalanan. Untung juga dapat belajar dan berhibur dengan sesuatu yang bermanfaat.

Tetapi itu bukan suatu yang hendak saya kongsikan bersama saudara saudari kali ini. Ada sesuatu yang lain, yang saya kira lebih tersirat dan menyentuh. Bila sesak, pemandu di lebuh raya juga terbahagi kepada beberapa golongan (persis pembahagian golongan di padang mahsyar nanti?).

Golongan pertama, golongan yang hilang sabar. Mereka ini terus sahaja memasuki lorong kecemasan dan memecut ke hadapan, memintas orang lain dengan melanggar undang-undang. Ramai yang buat begitu. Asalkan matlamat diri tercapai, peduli apa undang-undang atau nilai-nilai murni. Saman? Mungkin itu sahaja yang menggerunkan mereka. Tetapi bagi sesetengah yang berduit, setakat dua tiga ratus RM, tidak menjadi kudis. Bayar dan redah sahaja!

Golongan yang kedua. Tidak seberani golongan yang pertama. Nak redah? Kalau kena saman bagaimana? Nanti dilihat orang bagaimana? Malunya masih ada. Congak untung rugi masih rasional. Kena saman nanti, tak berbaloi. Tetapi dalam hati, Tuhan sahaja yang tahu betapa geramnya melihat golongan pertama begitu berani dan "kurang ajar".

Hendak ditiru, tidak berani. Jadi, teruskan perjalanan dengan hati yang "terseksa". Menyumpah sepanjang jalan. Muka berkerut dan geram. Jika terperangkap dua jam, dua jam itulah hilang bahagia dan ketenangan. Bila pemandu hilang bahagia, hati-hati seluruh penumpang yang bersama.Jangan ada yang tersilap, habis semua menerima padahnya. Ikut undang-undang dengan terpaksa, itulah padahnya.

Golongan ketiga, lain pula keadaannya. Mereka tenang dan senang-senag sahaja. Sesak? Ya, itu memang sudah dijangkakan. Jadi golongan ini lebih bersedia. Memintas di lorong kecemasan? Oh, tidak sama sekali. Mereka ini mempunyai prinsip nilai yang tinggi. Siapa pun hendak cepat, tetapi apa maknanya kalau kita hilang nilai sabar, timbang-rasa, tolak ansur dan hormat menghormati. Mereka tahu apa yang mereka "kejar" dalam hidup ini. Terseksa? Tidak, mereka bahagia. Susah, memang susah. Tetapi mereka telah bersedia dengan "bahan" atau "alat-alat" tarbiah dan hiburan sebagai bekalan.

Kekadang terperangkap sejam dua, "menghadiahkan" masa untuk kita mendapat ilmu melalui ceramah atau kuliah mahupun diskusi ilmu bersama keluarga atau teman-teman sekereta. Boleh jadi, satu permasalahan keluarga dapat diselesaikan. Apalagi kalau kita "terperangkap" dalam kesesakan bersama dengan orang yang kita cintai.Ah, tak terasa segalanya. Malah, aneh kekadang makin lama terperangkap makin "nikmat" rasanya. Rasa cinta kata orang, ajaib nikmatnya. Cinta merubah kesesakan jalan raya menjadi medan cinta. Dan cinta mampu memutar jarum waktu menjadi terlalu "laju" dalam loji rasa.

Di mana kita? Golongan pertama yang rakus hidup tanpa nilai? Golongan kedua, pengecut yang hidup marah-marah tanpa ketenangan? Atau golongan ketiga yang hidup dengan ketenangan atas keyakinan,ada sesuatu yang lebih berharga dalam litar kehidupan yang tidak sekali-kali ingin dikorbankan di litar jalan raya.

Ah, ketika orang menjadi rakus, buas dan berebut-rebut memburu kejayaan dengan mengorbankan nilai-nilai kemanusiaan dan agama, apakah kita menjadi marah kerana tidak "mampu" menjadi mereka. Atau kita terus bahagia mengikut jalan kebenaran kerana tidak "mahu" menjadi mereka.

Ya, kalau kita bersesak-sesak kini, dulu dan nanti di lebuh raya, cuba kenang-kenangkan "ole-ole"renungan yang sederhana ini. Lebuh raya hakikat cerminan lebuh "kehidupan" yang lebih luas dan mencabar. Kenang-kenangkan destinasi dalam kembara yang singkat ini. Korban di jalan kehidupan ini sesungguhnya lebih dahsyat daripada korban jalan raya yang sering digembar-gemburkan oleh media massa. Kita di golongan yang mana?


GreenAppleKu : Perlu penghayatan yang tinggi untuk mempraktikkan perkara ini di dalam kehidupan kita. Saya bukan dari golongan yang rakus apatah lagi buas : )


8 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Salam...

    Adoihh laa... anak 1st lapaq, yg 2nd nak terber@k, ke3 plak asyik nak main.. yg kecik dah mntk nenen...
    tensionX1000.....
    sibaekk bini kat sblah tak buat muka.

    alkisah... balik kampung ditemani jammed spanjang jalan...

    ASCA

    BalasPadam
  2. kadang2 memang sabar je walaupun jammed. nikmati lagu2 yang ada.. tapi kalau lewat g meeting.. mulalah nak menyumpah orang! haha

    BalasPadam
  3. I tergolong dalam golongan ketiga. ;-)

    Tapi I akan hon orang yang potong Q kat lorong kecemasan... nak kasik dia rasa bersalah. Hehe...

    Satu lagi, dalam trafik jam, I akan cuba tak bertukar-tukar lorong. Biasa la kan... pantang orang tengok lorong sebelah bergerak lancar sikit, dah mula nak bertukar ke lorong tuh. Diorang tak sedar, perlakuan mereka tuh lah yang sebenarnya menambahkan lagi kesesakan jalan sebab mereka menyebabkan 'traffic shocks'.

    [18PGSX] Logorithm's Wordless Wednesday #5

    [U] Logorithm buat logo baru untuk fan page EqbalZack.com!

    SMTI :-)

    BalasPadam
  4. rasanya aku golongan kedua, err...malu nak ngaku yg pertama heheee.
    insya'allah usahakan ke arah golongan ke-3.

    BalasPadam
  5. @ Tanpa Nama, sabar awak sabar. hehe..

    BalasPadam
  6. @ ~mrs azmi~, itulah sebabnyer pentingnya kunci jam seawal yg boleh di hari2 yg kita ada meeting. Pernah face this problem, nasib baik otak cepat berfikir, mencari short cut. Lastly nasib baik ada member yg tlg cover meeting utk 15 minit pertama.

    BalasPadam
  7. @logorithm, okay. i percaya kat you. Tgk muka pun tahu, you ni amat penyabar orgnya. Eh, samalah kita, tapi i kurang hon tapi i tak suke kasi peluang pd kereta yg nak potong Q. hehe..

    Tukar-tukar laluan ni, memang amat mengganggu emosi pemandu yg lain. grrrrrrr....

    BalasPadam
  8. @ Penggelap Cahaya, nak kasi tarbiah sikit ni, sila pekakkan telinga yer :)

    Manusia yg baik adalah manusia yg cuba mengubah diri untuk menjadi yang lebih baik dari semalam. Good to you.

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama