Kredit to Google


Bangun pagi ini, tekak rasa amat tidak selesa. Sukarnya untuk menelan air liur. Sah, saya di serang sakit tekak. Walaupun saya amat menitik beratkan hal penjagaan kesihatan, yang mana setiap hari saya akan pastikan minum air secukupnya, makan mengikut pola makanan sihat bukan makan mengikut nafsu,  namun kerana jerebu di Pulau Pinang yang semakin teruk, akhirnya sistem daya ketahanan tubuh saya terjejas juga. 

Merujuk kepada laporan akhbar pada 6hb Julai 2011, 'kualiti udara di kebanyakan kawasan di Pulau Pinang hari ini merosot dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Seberang Jaya direkodkan meningkat kepada 96 pada 11 pagi, berbanding 94 pada 7 pagi ini. 



Itu merujuk pada hari rabu, tetapi hari ini telah masuk hari jumaat dan pada pemerhatian saya, indeks pencemaran udara mungkin telah meningkat ke tahap tidak sihat!


Tahap IPU antara 0-50 menggambarkan kualiti udara yang baik, manakala 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak bersih) dan 300 ke atas (berbahaya). 

Siapa punca kepada permasaalahan ini ?

'Pengerusi Jawatankuasa kebajikan, Kesihatan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh, berkata cuaca berjerebu yang melanda negeri ini sejak beberapa hari lalu dipercayai berpunca daripada pembakaran terbuka di Sumatera, Indonesia.'

Ini adalah satu antara beberapa sebab lain kenapa saya tidak suka menonton drama mahupun filem dari Indonesia. 


5 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. kat KL pun jerebu...keluar kena pakai mask camni...tambah yang naik motorsikal..

    BalasPadam
  2. haa..kan aku dah habaq, mmg dari seberang sini, tak nampak apa2 bangunan or bukit bukau kat belah pulau tu...hehehe

    BalasPadam
  3. SMTI!
    x pasal2 drama indon kena.haha.tp drama2 indon mmg trlalu banyak lawak2 yg x blh dterima.

    BalasPadam
  4. jangan lupa pakai mask bila kluar rumah... jaga kesihatan

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama