My Instagram

JEREBU DI PULAU PINANG SEMAKIN TERUK.


Terapi untuk mata.

BUTTERWORTH: Kualiti udara di kebanyakan kawasan di Pulau Pinang hari ini merosot dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Seberang Jaya direkodkan meningkat kepada 96 pada 11 pagi, berbanding 94 pada 7 pagi ini. 

Pengerusi Jawatankuasa kebajikan, Kesihatan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh, berkata cuaca berjerebu yang melanda negeri ini sejak beberapa hari lalu dipercayai berpunca daripada pembakaran terbuka di Sumatera, Indonesia.

"Berdasarkan laporan yang saya terima, sebanyak 156 titik panas dikesan di Sumatera dan keadaan menjadi lebih buruk apabila angin daripada Selatan Barat membawa asap dari sana ke negeri ini," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, IPU yang dicatat di Seberang Jaya ialah 96 dengan jarak penglihatan dua kilometer, Perai (77) dengan jarak penglihatan enam kilometer dan Universiti Sains Malaysia (80) dengan jarak penglihatan empat kilometer. 

"Keadaan jerebu ini dijangka berlarutan hingga Ahad ini berikutan ramalan kaji cuaca menjangkakan Pulau Pinang tidak akan hujan hingga hari berkenaan," katanya. 

Phee juga menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan. 

"Orang ramai yang melakukan aktiviti luar dan mereka yang berisiko tinggi dinasihat agar menggunakan alat penutup mulut dan hidung ketika berada di luar rumah," katanya. 

Katanya, kerajaan negeri turut menyediakan 100,000 keping topeng penutup mulut kepada murid dan pelajar sekolah di Pulau Pinang. 

"Kita juga sentiasa bersiap sedia menghadapi jerebu dan akan mengambil langkah-langkah tertentu jika ia berlarutan," katanya. 

Tahap IPU antara 0-50 menggambarkan kualiti udara yang baik, manakala 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak bersih) dan 300 ke atas (berbahaya). - BERNAMA

GreenAppleKu : Jerebu telah menutup pemandangan bukit bukau nan indah lagi menenangkan. Hari-hari wajib lihat pepohon yang berwarna hijau sebagai terapi untuk mata. Perlu banyak minum air untuk mengelakkan sakit tekak. Kena pakai topeng penutup mulut jika ingin menghidu udara bersih.

Pembakaran terbuka benar-benar telah menyusahkan ramai pihak. Grrrrr.... 


6 ulasan:

  1. Patut la dari bridge seberang nak ke pulau, langung tak nampak bangunan or bukit2 belah pulau tu..sebab tu kot makin banyak penyakit la nih..

    BalasPadam
  2. betul2... eza duk area georgetown pun tgk penang sgt berjerebu... udara rasa kering je... huhu @_@

    BalasPadam
  3. @ Mylady, ko biar betul. takkan lah tak perasan. aku selalu tgk bukit bukau. Kalau terhalang pandangan ku ini, konfem kes jerebu. Entahlah, sampai bila kita akan berhadapan dgn masalah ini.

    Ehm, boleh claim tak bil klinik kat negara yg menyebabkan jerebu ni :P

    BalasPadam
  4. @ ezasunflower, kena minum byk air dan jika takder benda2 yg mustahak, better lepak rumah jer. Salam perkenalan dari saya eza. :)

    BalasPadam
  5. sangat bengang bila penglihatan terhad dan hidung tersumbat.

    pada mereka-mereka yang suka2 bakar, jangan ikut perangai ucup wilca.

    BalasPadam
  6. Slm kenal :) kl, sgor pun teruk berjerebu.....nk jg hati negara jiran kita, kerajaan x bising pun ;p redha jerla rakish mlysia sumer......

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!