Jika saya punya wang yang berjuta-juta dalam akaun, konfem jenis rumah  yang akan saya beli adalah rumah teres. Tak nak kondo, tak nak apartment dan tak nak pangsapuri. Eeee, mengada-ngadanyer GA (sure ada yang kata cam tu kat saya kan.) Tak per, saya tak marah pun.

Memandangkan harga rumah teres di Pulau Pinang mahal, maka terpaksalah saya letak tepi sekejap hasrat di hati buat seketika. Sob2. :(

Pengalaman saya menyewa di sebuah kondominium beberapa tahun yang lalu, meninggalkan kesan fobia hingga ke hari ini. Trajedi ini bermula pada tarikh 26hb Disember tahun (sengaja di biarkan kosong untuk memberi peluang anda berfikir mencari jawapnya. hehe..).

Hari itu sehari selepas krismas. Masih dalam mood bercuti. Bangun pagi buka pintu gelongsor balkoni sambil menikmati pemandangan laut yang cukup menenangkan. Kekadang jika bernasib baik, boleh lihat kapal terbang Air Asia, Fire Fly hatta MAS terbang di awan biru. Memang awesome.

Selepas puas menikmati suasana pagi, saya ke bilik air untuk mandi. Walaupun di kawasan kondo tersebut ada di sediakan kolam mandi untuk digunakan tapi takkan lah awal pagi ni saya nak terjun ke dalam kolam mandi?  Sejuk wei. 

Settle mandi ketika saya hendak melangkah keluar dari bilik air, saya berasa terhoyong-hayang. Dalam hati, " What happen to me? Nak pitam ker ni ? " 

Dalam keadaan saya yang sedang berfikir apa yang tidak kena pada diri saya, tiba-tiba adik saya terjah ke dalam bilik dengan muka cemas. 

" Kak, cepat kak, kita turun, bangunan bergoyang nih. Cepat kak." Dia terus menarik tangan saya untuk keluar dari bilik menghala ke ruang tamu. Bangunan tetap bergoyang. 

Dalam hati saya hanya terfikir, sempat tak kami hendak menyelamatkan diri atau sebaliknya. Mulut adik saya tidak berhenti-henti menyebut nama Allah swt. Melihat keadaannya, saya tahu dia juga panik seperti saya.

Kami turun menggunakan tangga walaupun ada juga orang yang menggunakan lif. Keadaaan di luar bising dan kelam kabut. Orang ramai berpusu-pusu turun untuk menyelamatkan diri. Ada yang dukung anak. Ada yang dukung baby. Ada yang sempat berselipar dan ada yang berkaki ayam. 

Sebaik saya dan adik selamat sampai ke tempat letak kereta, kami ambil keputusan untuk pandu keluar dari kawasan tersebut. Risau jika bangunan itu di takdirkan runtuh, sudah pasti ianya akan menghempap ke arah kami. 

Ketika hendak menekan pedal minyak, baru saya tersedar yang saya hanya bertuala mandi dan t'shirt ketika keluar meninggalkan rumah dalam keadaan panik. 

Itulah pengalaman panik yang telah mendatangkan fobia untuk saya tinggal di kondominium. Oh ya, semua bangunan yang berada di kawasan terlibat telah di sahkan selamat untuk di duduki dan tiada kesan retak pada bangunan mahupun kawasan yang lain. Rekahan pada tanah pun tidak berlaku. Pemaju perumahan tidak lepas tangan. Dia juga turun padang untuk melawat tempat kejadian. 

Syabas di ucapkan kepada pemaju yang benar-benar telus dan jujur dalam membangunkan projek perumahan. Kenapa saya berkata begitu yer, sebab ada juga pemaju yang tidak mempedulikan nyawa bakal pembeli. Bangunan di bina tidak mengikut garis panduan. Dalam kepala mereka hanya fikir duit, duit, dan duit.

Jika tidak bagaimana kejadian di Highlands Tower boleh terjadi ? Kepada yang berminat untuk mengetahui dan melihat keadaaan Highlans Tower pada hari ini, sila klik blog Bersama Mazidul. Serammmmm.


3 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. masa tsunami dulu ke? saya pon kebetulan dekat Batu feringgi dat time, memang nampak mcm mana wave tu dtg, n pagi tu duduk dekat kondo rasa pening, rupanya gegaran,Alhamdulillah, seminit yang memisahkan maut dari kami sekeluarga, kalau x, semua hanyut

    BalasPadam
  2. @ Zul, blogger pertama yg berjaya teka dengan tepat. Bila nyawa dah berada di hujung tanduk, barulah kita menghargai pemberian Ilahi ini kan Zul. Tak sangka lak, awak berada di Batu Feringghi on that day. Sure awak ada sedikit rasa fobia dengan pantai kan. :)

    BalasPadam
  3. fobia sgt2, bila dekat laut je, rasa semacam, masa tu memang dah dekat BF, cuma terlewat beberapa minit sebab cari surau, kalau x, x tau lah, Allah masih beri ruang perbaiki diri. Alhamdulillah,teringat lagi masa tsunami tu, ada makcik mengangis anak dia hilang, pastu ada budak2 tersangkot atas pokok kelapa, takot sgt.

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama